“Saya Tak Sangka Dia…”- Zahirah Macwilson Dedah Sikap Pelik Aiman Hakim Selepas Kahwin

Pelakon Zahirah Macwilson akui kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.

Malah, kini dia gembira kerana mempunyai seorang teman hidup yang boleh menemaninya ke mana sahaja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Testing how well we know each other so far with a fun lil shoe game! 👠👞 We told our coordinators and team that we wanted to keep the wedding fun and meaningful. This was the most important factor for both me and Aiman. We’re behind happy with how everything turned out. I told GlamHall & Mahligai that I wanted a rustic theme & I that I had to have a waterfall background.. it had never been done before but they were very positive and willing from the very beginning. You can see from the picture there was actually water and fog coming out from the rocks!! It was more than I had imagined and I owe it to my team for making it happen 🖤 Will be posting our videos soon! Stay tuned! Custom Dress : @tehfirdaus Makeup & Hair : @boscoryzal Jewelleries : @heartsonfireco @heartsonfire.my @habibjewelsofficial Shoes : @manoloblahnikhq @bluebell_malaysia Tablepiece : @kensapothecary @diptyque #diptyqueMY #kensapothecary Venue : @glamhall Deco : @mahligaicreative Lighting : @lightxpert.my Official Photo/Video : @cstproduction #zahirAH

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

“Alhamdulilah, ia fasa baru dalam hidup saya tetapi cukup menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.

“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia kerana keluarga menetap di Australia tapi kini saya ada Aiman yang akan sentiasa menemani dan menjaga saya disini,” katanya kepada Gempak.

Zahirah ditemui selepas Majlis Tayangan Gala Fiem Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Zahirah x Aiman | Perth ✨ #zahirAH Dress by @kree_official Shot by @manis.moments

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Ditanya apakah sikap atau perkara pelik Aiman yang disedarinya selepas mendirikan rumah tangga, Zahirah mendedahkan Aiman seorang lelaki yang sangat pembersih.

“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Biasa kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan tapi dia tidak

“Sebagai contoh bila di rumah barang-barang itu tidak boleh sedikit berhabuk pun.

“Tapi saya rasa itu perkara yang baguslah kerana dia pun banyak membantu buat kerja rumah,” katanya lagi.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu selepas tujuh bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta bersama.

Mengenai perkembangan lain, Zahirah bakal muncul dalam filem pertamanya Bulan & Pria Terhebat pada 12 Mac ini.

Selain Zahirah, Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindi1ket pem3rdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari gengg4man bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembnuh up4han untuk mengh4puskan Bulan dan Haris.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Sangka Dia…”- Zahirah Macwilson Dedah Sikap Pelik Aiman Hakim Selepas Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*