PELAKON Zahirah MacWilson mengakui s3dih terkenang Allahy4rham Ashraf Sinclair yang dianggap berjasa dalam karier lakonannya.
Zahirah, 25, berkata arwh yang mencadangkan namanya untuk melakonkan watak utama dalam filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).
“Sebenarnya, saya sangat s3dih arwh tiada di sini bersama kita. Kami buat filem ini dengan dia dan sudah pasti dia sebahagian daripada proses pembikinan.
“Malangnya, jadual arwh tidak mengizinkan untuk terbabit dalam filem ini. Bagaimanapun, saya bertuah sempat buat latihan dengannya di Jakarta sebelum menjalani latihan int3nsif sebenar,” katanya ditemui pada pratonton filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).
Zahirah berkongsi, dia sempat bertemu Ashraf sebelum penggambaran filem berkenaan dan menyifatkan arwh seorang yang sangat menyenangkan.
“Sebelum ini saya sudah mengenali arwh. Cuma, untuk filem ini kami hanya dapat meluangkan masa sehari saja. Jadi, ketika itu saya dapat buat latihan pertahanan diri saja-saja.
“Dia sangat positif, teruja untuk filem berkenaan, dan sangat sedihlah dia tidak dapat bersama di sini. Apalagi mengetahui dialah juga mencadangkan nama saya untuk lakonkan filem ini, ia sesuatu yang bermakna buat saya,” katanya.
Zahirah juga mengakui sangat terh4ru dengan kepercayaan diberikan Ashraf terhadap bakatnya selain kata sokongan yang diberikan.
“Saya masih ingat lagi dia memberi sokongan besar dan motivasi untuk saya buat yang terbaik. Bagi saya yang tiada pengalaman langsung dalam industri dan mendapat kepercayaan daripadanya adalah perihal yang akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.
Allahyarham Ashraf sepatutnya terbabit melakonkan watak ant4gonis iaitu Ricky dalam filem BPT. Bagaimanapun, arwh tidak dapat memenuhi tawaran itu disebabkan terikat dengan komitmen lain di Indonesia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HM
Be the first to comment on "Zahirah Dedah Arw4h Ashraf Sinclair Banyak Berjasa Pada Karier Lakonannya"