“This Is Our ‘Sivaji The Boss’!” – Kembali Ke Kabinet, Laman Sosial Dihujani Nama Khairy Jamaluddin

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ), kembali menganggotai Kabinet Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, dinamakan sebagai timbalannya.

Sebaik sahaja Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Pembentukan Kabinet Baharu Kerajaan, laman sosial dihujani ucapan tahniah kepada KJ.

Antaranya, ‘Welcome back Abah’, ‘Our very own Sivaji The Boss, everyone!’, Tahniah YB’ dan ada di antara mereka yang meminta KJ bercukur kerana akan kembali bekerja.

Tinjauan Gempak di akaun sosial Instagram (IG) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mendapati, ribuan ucapan tahniah turut menghujani posting terbaru KJ.

Sementara itu PM mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diumumkan.

Beliau turut berharap agar barisan kabinet baru dapat menjalankan tugas dengan cemerlang demi rakyat dan negara.

“Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti,” katanya.

Dalam pada itu PM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan m4ndat kepada beliau untuk menentukan barisan kabinet.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.

Di bawah merupakan senarai penuh Kabinet Baharu Kerajaan:

SENARAI PENUH KABINET

*Gambar MalaysiaKini*

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“This Is Our ‘Sivaji The Boss’!” – Kembali Ke Kabinet, Laman Sosial Dihujani Nama Khairy Jamaluddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*