Isteri kepada bintang filem Paskal, Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendedahkan telah memfailkan tuntutan cer4i pada Januari lalu.
Bagaimanapun, proses itu memakan masa beberapa bulan dan akui Nelissa dia sudah nek4d untuk berpis4h dengan Ammar.
“Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa ‘single parenting’.
“Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan perceraian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.
“Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahk4mah.
“Saya masih menunggu dan harap-harapnya boleh selesai dengan cepat,” katanya kepada Gempak.
Nelissa yang ditemui pada pertunjukan fesyen Alia B dia White Box Publika semalam memberitahu dia lebih lega selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ammar.
“Selepas failkan percer4ian saya rasa lega dan gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama anak saya, Kyro.
“Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya.
View this post on InstagramSUBA THE BEAR🧨 #grizzly #thebearterrorist #hongkongmovie #trainingmodeon #subathebear
“Saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya dan saya sudah memberikan segalanya dalam perkahwinan saya.
“Mungkin pilihan saya kepada individu yang sal4h sebenarnya. Saya bersedia untuk ‘move on’ sekarang,” tambahnya.
Tegas Nelissa, tiada peluang seterusnya untuk Ammar.
“Apabila seseorang berbuat salah, mereka akan tersedar bahawa sudah terlambat untuk menyesal jadi itulah situasi yang berlaku sekarang,” ujar Nelissa lagi.
Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubvngan svlit ketika isterinya sedang h4mil enam bulan.
Saksikan karya lakonan Ammar Alfian yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Isteri Ammar Alfian Failkan Cer4i, Nekad Dapatkan Hak Penjagaan Anak"