Empat BuIan Menyepi, FaizaI Tahir Mula Buka Cerita. Rupanya Ada Kaitan Dgn Pmergian Gitaris Aji

” Mungkin orang nampak saya banyak berdiam diri, tapi sebenarnya, saya berehat dari media sosial selama empat bulan. Waktu itu, saya baru saja selesai menyiapkan album Rojak dan sangat letih.”

Demikian pengakuan penyanyi, komposer dan penerbit, Faizal Tahir yang merasakan lebih tenang apabila ‘berehat’ empat bulan daripada menggunakan media sosial iaitu selepas pmergian gitaris, Allahyrham Aji atau Fauzi Samin.

Faizal berkata, perkara itu juga membuatkan dirinya ingin mengambil keputusan berhenti daripada terus berkarya.

” Kebetulan, ketika itu, saya menerima berita pmergian, Allahyrham Abang Aji yang juga umpama tulang belakang untuk kerjaya seni saya. Saya pernah rasa sangat ‘down’ dan tak mahu teruskan lagi berkarya,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai tempoh empat bulan tanpa media sosial itu, Faizal berkata dirinya lebih tenang.

” Perasaan saya dalam empat bulan itu lebih tenang. Rasanya, seperti kita sudah lama tak mandi dan tiba-tiba dapat mandi. Begitulah nikmat yang saya dapat rasa. Ia adalah satu pengalaman terbaik saya.

” Saya nasihatkan supaya orang ramai berhenti seketika daripada media sosial kerana ia sangat ‘menyucikan’ diri kita. Saya yakin, setiap orang akan terus melihat telefon bimbit setiap kali bangun dari tidur. Begitu juga dengan saya.

” Tapi, dalam empat bulan itu, saya bangun solat Subuh saja dan sekarang pun, selepas anak-anak ke sekolah, barulah saya pegang telefon,” katanya.

Namun begitu, Faizal tidak menafikan bahawa media sosial dan telefon pintar adalah alat yang terp4ksa digunakan.

” Ada batas yang perlu kita letakkan. Kalau dulu, saya akan meluangkan masa di media sosial lebih kurang tiga ke empat jam sehari.

” Sekarang, saya sudah mula aktif semula dan mulakan dengan perkongsian mengenai aktiviti program kemanusiaan di Sy ria dan sebagainya.

” Seperti yang dikatakan, kalau nak berehat pun ada had juga sebab ada benda yang kita nak tahu dan beritahu kepada orang,” katanya.

Faizal ditemui pada majlis pelancaran Joox Originals dan bertindak sebagai Super Producer. Dalam projek itu, Faizal bekerjasama dengan beberapa penerbit serta penyanyi tempatan untuk menghasikan 10 karya.

” Untuk fasa pertama ini, kami persembahkan tiga penyanyi yang menyanyikan lagu terbitan Joox Originals iaitu Dayang Nurfaizah, Sophia Liana dan kumpulan duo R&B, FML,” katanya.

Kesemua lagu yang diterbitkan di bawah projek Jo ox Originals dapat didengar secara eksklusif menerusi aplikasi penstriman muzik, Jo ox.

Menerusi perkongsian Faizal Tahir di Instagram, beliau dilihat banyak berkongsi tentang aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dijalankan bersama rakan lain seperti Noh Hujan.

Vdeo di bawah adalah bacaan merdu Alfatihah oleh Faizar Tahir.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hmetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Empat BuIan Menyepi, FaizaI Tahir Mula Buka Cerita. Rupanya Ada Kaitan Dgn Pmergian Gitaris Aji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*