Gelagat Pelajar Main Charade Bikin Ramai Terhibur

Charade adalah sejenis permainan yang sering dimainkan di majlis-majlis atau acara sosial bersama rakan-rakan dan tetamu.

Permainan charade dimainkan secara berkumpulan di mana seorang ahli perlu melakonkan perkataan yang diberikan kepada ahli kumpulannya tanpa berkata-kata.

Ahli kumpulan yang lain kemudian menghantarkan informasi dari ahli pertama kepada ahli seterusnya mengikut giliran dengan matlamat ahli terakhir dapat meneka perkataan yang diberikan kepada kumpulan mereka melalui lakonan aksi yang diberikan kepadanya.

Namun permainan ini akan bertukar lucu kerana selalunya lakonan aksi ahli pertama akan berubah menjadi aksi lain apabila tiba ke ahli terakhir.

Itulah yang berlaku dalam satu video yang tular di Twitter di mana sekumpulan pelajar dilihat sedang bermain permainan itu.

Perkataan yang diberikan kepada kumpulan pelajar tersebut adalah pemadam ap1 (fire extinguisher), jadi ahli kumpulan pertama melakonkan aksi memadamkan api dengan pemadam api kepada ahli seterusnya.

Sepanjang perjalanan, lakonan aksi yang asal semakin lama semakin berubah, dari menjadi aksi menyapu lantai sehingga akhirnya menjadi aksi bermain bowling.

Rata-rata netizen terhibur dengan cara mereka bermain dan ada yang cuba mencari titik di mana informasi yang dihantar mula berubah.

Sementara itu ada juga yang berkongsikan pengajaran menarik yang mereka dapati dari video tersebut.

 

“Macam ni la berita palsv tersebar…”

 

“Benda simple, dorang susahkan…”

 

“X habis explain lagi…”

 

“Tak sabar sgt nak g tau…”

 

 

Sumber: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

SumberHCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gelagat Pelajar Main Charade Bikin Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*