Sering Terpalit dengan kontr0versi ini reaksi Naim Daniel tentang kontr0versi melanda dirinya

MESKIPUN terpalit dengan kontr0versi melibatkan pemilikan lagu berjudul Sumpah, penyanyi Naim Daniel sentiasa tenang dan ambil perkara itu secara positif.

Naim, 23, berkata dia menganggap isv yang berlaku itu sebagai teguran daripada Allah untuk memperbaiki kekurangan dirinya supaya menjadi yang lebih baik.

“Bagi saya, apa saja yang berlaku kita kena hadapi dengan tenang. Sebab itu, saya sentiasa mahu berkongsi dan sebarkan perkara yang positif.

Dayana membuat tuntutan mendaftar semula lagu Sumpah sebagai karya bersama.

“Isu itu juga tidak menjejaskan imej saya. Malah, saya melihat semakin ramai orang mendoakan yang baik-baik saja.

“Saya percaya apa yang jadi bukan datang kosong, tapi Allah nak tunjuk sesuatu yang kurang pada kita untuk belajar menjadi yang lebih baik,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, isu pemilikan Sumpah terus berpanjangan apabila bek4s kekasih Naim iaitu Dayana Emerda membuat tuntutan mendaftar semula lagu itu sebagai karya bersama.

 

Bagi saya, apa saja yang berlaku kita kena hadapi dengan tenang. 

NAIM DANIEL

PENYANYI DAN PELAKON

Kem3lut antara mereka timbul selepas lagu ciptaan Naim dan Omar K itu diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 34 pada 9 Februari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 29 Februari lalu, Naim dan pihak syarikatnya WPW Entertainment tetap dengan pendirian untuk meminta Dayana menghantar segala bukti melalui kiriman emel.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sembah ini memberitahu dia enggan membiarkan kontr0versi itu menganggu perjalanan karier seninya.

Lagu Sumpah menang AJL 34.

“Alhamdulillah, selepas AJL saya melihat seakan-akan semua pihak merestui apa yang saya lakukan. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar dan explore.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya hanya ingin teruskan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Saya mahu menghargai semua peminat yang banyak menyokong saya selama ini,” ujarnya.  

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sering Terpalit dengan kontr0versi ini reaksi Naim Daniel tentang kontr0versi melanda dirinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*