Tentera Bantu Polis, Artis Mula ‘Tayang’ Uniform. Sherry Al-Hadad Paling Win!

 

Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa anggota tentera (ATM) akan mula membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan perintah Kawalan Pergerakan.

Perkara tersebut mendapat sambutan baik dan golongan selebriti terutamanya mula memuat naik entri mereka berpakaian seragam ala tentera di Instagram masing-masing.

Menyahut saranan tersebut, mereka berkongsi kepsyen yang terus menasihatkan agar rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menceg4h virvs C0vid- 19 daripada terus merebak.

Pelbagai gaya dan aksi yang dikongsi oleh para selebriti kita. Namun, gaya yang paling win tentunya menjadi milik Sherry Al-Hadad yang memuat naik gambarnya memakai seragam pengawal keselamatan.

Semoga dengan adanya bantuan daripada pihak tentera, rakyat Malaysia akan lebih mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan bersama.

Sama-sama kita duduk di rumah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tentera Bantu Polis, Artis Mula ‘Tayang’ Uniform. Sherry Al-Hadad Paling Win!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*