Keperihatin yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, terhadap rakyatnya tidak perlu dipersoal lagi.
Terbaru, beberapa keping gambar menunjukkan Baginda Permaisuri Agong membungkus makanan hasil air tangannya bersama beberapa orang lain telah menjadi tul4r di media sosial.
Makanan yang dimasak sendiri oleh Baginda Permaisuri Agong itu diedarkan untuk petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
Turut kelihatan dalam gambar itu adalah Tengku Afzan yang membantu membungkuskan makanan tersebut.
Dalam pada itu, menerusi ciapan yang dikongsi oleh Tengku Afzan, terdapat beberapa netizen yang mempersoalkan pemakaian topeng muka pada puteri Anakanda Agong itu.
Pun begitu, Tengku Afzan hanya membalas pertanyaan netizen tersebut dengan memetik satu ciapan yang ditulis oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan waktu yang betul untuk memakai topeng muka.
“Semoga semuanya selamat & kekal berada di rumah, amalkan penjarakan sosial & basuh tangan anda. Tolong jangan gunakan topeng muka melainkan anda memerlukannya. Topeng muka serta PPE perlu dikhaskan untuk petugas barisan hadapan. Itulah keutamaan kita yang utama, tambahan lagi kita sedang kekurangan bekalan PPE buat masa ini. Pesanan telah pun dibuat”, tulis ciapan tersebut.
Sumber: TPA
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: SIAKAPKELI
Be the first to comment on "Dipersoal Tak Pakai ‘Face Mask’, Jawapan Tengku Afzan Buat Ramai Mula Sedar"