“Baik Tak Payah Pakai Baju” – Ditegur Sebab Nampak Bahagian Perut, Ini Respon Shalma Eliana

Penyanyi Shalma Eliana, 20, berkongsi sebuah video yang telah mengundang teguran netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara rakaman video dirinya menari TikTok dan Eliana menyarungkan baju yang menampakkan bahagian perutnya.

“Walked in the house. Haha saya rasa menari adalah hobi terbaru saya sekarang lol,” tulisnya sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walked in the house 🚶🏻‍♀️🏠 haha I think dancing is my new hobby now LOL #justforfun

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen berbaur teguran kerana menyifatkan imej Eliana tidak manis dipandang orang ramai.

Namun, terdapat komen yang menjadi perhatian Eliana sehingga membuatkannya memberikan respon.

“Baik tak payah pakai baju,” tulis seorang netizen.

Eliana tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Awak pasti?” balasnya.

Namun terdapat juga yang memuji bentuk badan Eliana yang menjadi idaman golongan wanita.

Eliana merupakan teman rapat kepada penyanyi, Ismail Izzani dan keakraban mereka terserlah apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di IG.

Sekadar info, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Malaysia terpaksa akur selepas k3s C0vid-19 kini mencecah 1,796 orang dengan 20 rekod kemat1an.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah C0vid-19!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Baik Tak Payah Pakai Baju” – Ditegur Sebab Nampak Bahagian Perut, Ini Respon Shalma Eliana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*