“Saya bukan bod0h sangat… dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” – Black Hanifah beng4ng dituduh suka meminta

PENYANYI Black Hanifah berkata cadangannya supaya kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus disalah anggap oleh netizen.

Menurut Black, apa yang disuarakan itu bukan untuk diri sendiri, sebaliknya bagi pihak anak-anak seni ketika berdepan kesemp1tan hidup akibat ketiadaan kerja kerana wab4k Cov1d-19.

“Saya nak terangkan apa yang dikatakan dalam akhbar semalam bukan untuk saya! Saya hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan.

“Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam… saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi.

“Saya masih ada simpanan untuk digunakan dan hanya suarakan kesusahan selebriti lain yang berdepan kesemp1tan hidup,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Black menerusi satu laporan akhbar meminta kerajaan membantu penggiat seni yang terjejas akibat lanjutan PKP sehingga 14 April depan.

Kenyataan Black disalah anggap oleh netizen.

Bagaimanapun, kenyataan Black itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen kerana beranggapan kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih susah dan memerlukan berbanding selebriti.

Sementara itu, penyanyi lagu Takkan Terpisah ini mengakui selepas tul4r artikel tersebut dia menerima kecaman hebat di laman sosial.

 

Saya harap apa yang saya suarakan itu dapat difahami oleh semua pihak, jangan ingat semua artis senang kerana masing-masing ada ujian hidup sendiri!

 BLACK HANIFAH

PENYANYI

“Ramai yang kec4m saya di Instagram… ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!

“Saya pun bukan bod0h sangat… dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang kesemp1tan hidup kerana tiada job.

“Bukan semua artis itu kaya, ada juga yang sedang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak dibantu sama seperti rakyat Malaysia yang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Black turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan beberapa inisiatif untuk rakyat ketika berdepan saat getir ini.

Black hanya menyuarakan pandangan untuk anak seni lain.

Malah, dia juga memuji persatuan seni kerana turun padang membantu selebriti yang memerlukan.

“Semalam kerajaan umumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan, itu juga satu bentuk bantuan yang kita harapkan. Alhamdulillah, itu pun dapat membantu golongan selebriti yang tiada pendapatan tetap ini.

“Persatuan seperti Seniman turut membantu menghulurkan sumbangan kepada selebriti yang memerlukan tapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada persatuan semata-mata kerana mereka pun tiada dana yang banyak.

“Saya harap apa yang disuarakan itu dapat difahami oleh semua pihak, jangan ingat semua artis senang kerana masing-masing ada ujian hidup sendiri,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya bukan bod0h sangat… dah tunjuk mewah lepas tu nak minta bantuan” – Black Hanifah beng4ng dituduh suka meminta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*