SETAKAT Khamis, sebanyak 235 kes baharu Cov1d-19 dilaporkan di Malaysia menjadi keseluruhan dij4ngkiti virvs itu sebanyak 2,031 k3s. Negara turut mencatatkan 23 kem4tian akibat wab4k merbah4ya itu.
Ekoran itu juga, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini kepada 14 April depan.
Lanjutan perintah itu dibuat bagi memastikan rantaian penyebaran w4bak itu dapat dihentikan sepenuhnya dan ia disambut baik oleh rakyat.
Pun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang terus berd3gil dan keluar rumah tanpa tujuan selain ada yang melepak bersama rakan-rakan serta bersenam di tempat terbuka.
Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Samhan Awang berkata, sekiranya rakyat negara ini masih berd3gil untuk mengikut arahan dikeluarkan ia boleh menyebabkan gelombang ketiga w4bak itu.
Jika itu berlaku kata Dr. Samhan, ia mungkin sudah terlambat dan akan memberi kesan mendalam kepada seluruh negara termasuk tiga perkara ini;
Paling terkesan adalah barisan hadapan yang memberi perkhidmatan meraw4t pes4kit.
1. Barisan hadapan akan lumpuh
Dr. Samhan memberitahu sekiranya w4bak Cov1d-19 sudah tidak terkawal ia akan memberi kesan kepada petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat.
Ini termasuklah staf akan dij4ngkiti apabila individu yang positif tidak memberi maklumat dan sejarah yang betul ketika hadir membuat saringan.
Apabila senario itu terjadi maka kaki tangan barisan hadapan tidak mencukupi, beban itu pula akan ditanggung oleh orang lain.
Tidak mustahil katanya, jika semua frontliner lumpuh, tugas itu akan diambil oleh orang bukan berkelayakan meraw4t pesak1t.
Apabila pesakit sudah terlalu ramai, ia boleh menyebabkan kekurangan peralatan sokongan.
2. Kekurangan peralatan sokongan
Disebabkan peningkatan terlalu tinggi, sekiranya penularan w4bak itu tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kekurangan peralatan sokongan termasuklah ventilator (alat bantuan pernafasan di ICU).
“Harus diingat, kita bukan hanya ada kes Covid-19 di ICU malah pesakit-pesakit dengan penyak1t lain seperti lemah jantung, strok – mereka ini juga memerlukan katil dan ventilator di ICU.
“Kita mempunyai sampel yang banyak dan perlu disaringkan. Pada satu tahap ini akan menyebabkan kita kehabisan peralatan sokongan dan apabila berlakunya lambakan kes kita terpaksa pilih siapa patut hidup atau mat1.
“Biasanya, kita akan berikan alat pernafasan ini kepada orang yang ada potensi untuk lebih tinggi untuk hidup. Andai kata itu adalah ibu atau bapa kita… Adakah kita mahu perkara itu berlaku?” katanya.
Kita harus mengambil iktibar mengenai penularan w4bak Covid-19 di Itali yang sudah tidak terkawal.
3. Gelombang ketiga
Perkara paling dirisaukan kata Dr. Samhan adalah gelombang ketiga wabak berbahaya itu. Jika ia berlaku katanya, ia pasti lebih tervk dan meletakkan harapan kita pada tahap nipis.
Apabila kes meningkat secara mendadak, dikhuatiri negara tidak mampu lagi membendung penularan virvs tersebut.
Mengambil Itali sebagai contoh, negara itu tidak mengambil langkah pencegahan yang betul selain rakyatnya tidak memberi kerjasama yang akhirnya memperlihatkan peningkatan mendadak kes setiap hari selain ribuan kematian.
“Berbeza di Wuhan, China, mereka sekarang sudah mampu membanteras Covid-19 kerana mereka bekerjasama di antara frontliner dan masyarakat yang duduk dirumah bagi mengelak virvs itu terus tersebar.
“Kuarantin sangat penting supaya kita tak jadi agen penyebar kerana kita sendiri tidak tahu sama ada sudah dij4ngkiti atau sebaliknya,” ujarnya.
Atas kepentingan itu kata Dr. Samhan, beliau menasihati rakyat negara ini agar memberi kerjasama terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat kerajaan agar rantaian penularan w4bak itu dapat dihentikan.
“Asingkan diri anda, ikut peraturan yang dikeluarkan kerajaan,” katanya yang turut menyifatkan bencana itu sebagai ujian Allah agar masyarakat bekerjasama dan meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Be the first to comment on "Jika terus berd3gil lngkar PKP, kita mungkin terpaksa hadapi 3 situasi ini… Sanggupkah anda?"