Penantian tujuh tahun Suraya Borhan berakhir – “Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan”

PENANTIAN Suraya Borhan selama tujuh tahun berakhir apabila penyampai radio Suria FM itu selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.46 petang, Jumaat secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Suraya, 37, berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya dengan kata-kata namun hanya mampu mengalirkan air mata ketika pertama kali mendengar tangisan bayi sulungnya itu.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan, syukur sangat dan ini adalah penantian yang berbaloi.

Suraya bersyukur suaminya sempat berjumpa dengan bayi mereka selepas dilahirkan. Foto: @meenborhanphotography.

“Tak tergambar dengan kata-kata. Saya hanya menangis semasa mendengar tangisan pertama bayi saya dilahirkan. Syukur, Alhamdullilah. Ia momen yang tidak dapat dilupakan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah, saya dan bayi pun dalam keadaan sihat serta baik-baik saja,” kata Suraya kepada mStar.

Suraya turut berkongsi berita gembira itu dan memuat naik foto pertama bayinya dengan menutup wajah di laman Instagram.

 

Suami juga tidak dibenarkan menemani saya dan hanya boleh jumpa baby apabila kami berada di rumah.

SURAYA BORHAN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan selebriti.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu PPUM kini tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang melawat sebagai langkah berjaga-jaga akibat penul4ran wab4k Cov1d-19 yang sedang melanda dunia.

Menurut Suraya, biarpun tiada pelawat namun dia bersyukur suaminya Mohd Johanif dapat melihat bayi perempuan mereka selepas dilahirkan.

“PPUM memang sangat strict sekarang ini sebab ambil langkah berjaga-jaga disebabkan wab4k Cov1d-19. Pelawat memang tidak dibenarkan masuk.

Suraya merujuk kepada Shiera yang pernah melalui pengalaman bersalin.

“Atas nasihat doktor, suami juga tidak dibenarkan menemani saya dan hanya boleh jumpa baby apabila kami berada di rumah sahaja.

“Tapi nasib baik juga, dia dapat jumpa baby selepas dilahirkan dan dia dapat iqamat. Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan wabak ini sedang melanda,” ujarnya.

Suraya dan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Penantian tujuh tahun Suraya Borhan berakhir – “Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*