Rihana Petra memang diketahui umum sering memuatnaik foto beliau bersama anak tunggalnya Ismail Leon, berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya di Instagram rasminya.
Terkini, beliau berkongsi kisah di mana selama ini beliau sentiasa ingin memiliki anak sulung lelaki. Malah sebaik disahkan hamil, beliau tidak pernah langsung ada keinginan untuk memiliki anak perempuan.
Dalam masa yang sama beliau jua mengimpikan anak lelakinya kelak akan menjadi seorang ahli sukan sama ada secara profesional atau pun sekadar hobi sahaja.
Dengan adanya Leon, beliau kini dalam proses pemilihan sekolah bola sepak untuk Leon. Ini kerana ada beberapa sekolah sedemikian menerima pelajar seawal usia tiga atau empat tahun.
Menurut Rihana, orang-orang yang hebat lazimnya memiliki ibu bapa yang baik di belakang mereka. Dan beliau sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya.
Rata-rata pengikutnya menyambut baik perancangan yang dibuat Rihana untuk anaknya itu.
Dalam pada itu, ada pula komen yang mempersoalkan adakah Leon dididik dan dibesarkan mengikut agama Islam. Ini jawapan ‘win’ Rihana.
“I’m raising Leon as a nice person who will treat women good and respect other people,
not who pretend to pray every but evil who doesn’t care about his son.”
” Saya membesarkan Leon sebagai orang baik yang akan
memperlakukan wanita dengan baik dan menghorm4ti orang lain,
bukan yang berpura-pura berdoa tetapi sebenarnya
seorang yang jahat yang tidak peduli tentang anak lelakinya”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Forum Cari
Be the first to comment on "Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra"