Ketika negara sedang dilanda kris1s Cov1d-19, ramai dalam kalangan rakan artis kini menjadi bualan hangat netizen
Ia tercetus apabila ada segelintir daripada mereka menuntut agar kerajaan memberikan bantuan khusus kepada rakan artis selepas menganggap punca pendapatan mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.
Pandangan yang dilontarkan beberapa selebriti itu telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpandangan bahawa ia adalah tidak wajar dan ‘mengarut’.
Bahkan bukan itu sahaja, sudah menjadi stigma dalam kalangan masyarakat bahawa kehidupan sebagai seorang artis pastinya lebih senang dan mewah berbanding rakyat biasa.
Di sebalik situasi yang sedang berlaku ketika ini, tidak salah sekiranya kita mengimbau kembali kehidupan seorang pelakon veteran yang kini sudah pergi buat selama-lamanya
Pelakon yang dimaksudkan tersebut adalah Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih popular dengan gelaran Mr Os.
Mr Os telah men1nggal dunia pada 8 April 2016 akibat s4kit paru-paru. Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa semasa hayatnya, beliau juga adalah seorang pemandu teksi.
Seperti kisah yang ditulis seorang pengguna Facebook bernama Hafizul Hakim, lelaki ini menceritakan semula kehidupan Mr Os yang boleh dijadikan pengajaran buat rakan artis dan seluruh masyarakat di luar sana.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Menjadi pemandu teksi, arwah Mr Os dianggap sebagai seorang individu yang sangat pemurah kerana suka menderma kepada penumpangnya
Kisah Allahyarham Os
1. Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.
2. Bayangkan ada 20 orang naik teksinya dalam sehari. Tiap seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah. Dalam sehari jumlah dermanya boleh cecah RM100.
Ini dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek dalam salah satu siri ceramahnya. Biarpun hidup jadi seorang pemandu teksi, Allahy4rham jaga amalan sedekahnya.
Allah bagi keberkatan. Berkat ni bukan tengok pada jumlah RM kita dapat, tapi keseluruhan kebaikan yang datang dalam hidup. Allahu.
3. Anaknya, Dr. Syafiqah Hayra menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir berkat susah payahnya menjadi pemandu teksi.
4. Antara kata-kata yang paling ‘inspiring’ daripada Mr Os yang saya baca sebelum ini:
“Sejak saya jadi pemandu teksi, dapat hantar anak belajar kedoktoran di Mesir. Berapalah sangat pendapatan jadi pemandu teksi. Tekan RM3, dapat RM3.”
Tapi kalau kita redha dengan rezeki Allah beri, RM3 insha Allah jadi RM3,000. RM3,000 jadi RM300,000. Dan seterusnya berganda.
5. Saya yakin anaknya dibesarkan dengan kasih sayang dan agama yang kuat. Apa kata anaknya membuatkan saya sebak.
“Saya berniat pahala sepanjang berkhidmat jadi doktor ini diberikan kepada ibu dan abah saya.”
Meskipun pernah memenangi Maharaja Lawak, Mr Os bagaimanapun tetap terus menjadi pemandu teksi
Allahy4rham Mr Os telah kembali ke rahm4tullah pada 5 April 2016. Beliau seharusnya layak diletak sebaris dengan lagenda artis tanahair.
Walaupun pernah menang Maharaja Lawak bersama Abon tahun 2012, dia tetap teruskan jadi pemandu teksi. Hadiah kemenangan masa itu berjumlah RM350,000.
Teringat dengan pesan Allahyaram ayahanda saya ketika beliau masih hidup,
“Jangan malu kalau hidup terlihat miskin. Tapi malulah ketika kita pura-pura kaya.”
Semoga kisah hidup seniman Mr Os menjadi ikutan dan contoh artis-artis kita di Malaysia. Mari sama-sama kita sedekahkan pahala surah Al Fatihah kepada Allahy4rham.
Diharapkan agar kisah ini dapat dijadikan iktibar buat semua masyarakat di luar sana.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Says Seismik
Be the first to comment on "Pernah Menang Maharaja Lawak, Arw4h Mr Os Masih ‘Tak Malu’ Jadi Pemandu Teksi. Salute!"