Sampai didesak letak jawatan, Vivvy Yusof mula bersuara

KUALA LUMPUR: Usahawan, Datin Vivy Yusof menafikan mengeluarkan kenyataan mempertik4ikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 seperti tul4r dalam media sosial, sejak dua hari lalu.

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story, kira-kira sejam lalu, Vivy mendakwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

“Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.

“Saya tidak mempertik4ikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti did4kwa. Sebaliknya, saya bimb4ng nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya menerusi video berdurasi 7 minit 41 saat.

Vivy turut memohon maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya.

Beliau berkata, tohm4han dilemparkan terhadapnya melamp4u, sejak tiga hari lalu.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan k3ecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggvng kerana dik3ecam pada peringkat nasional.

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya.

Katanya, dia tak pernah memandang rendah kepada golongan B40 dan M40 seperti didakwa. Malah, dia tidak akan mengambil tahu nasib golongan berkenaan jika tidak menyayangi mereka.

“Saya tak akan ambil peduli atau menghulurkan bantuan sekiranya memandang rendah kepada golongan ini. Saya juga tidak akan mewujudkan tabung untuk mereka.

“Saya risau dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin kesil4pan datang daripada saya.

“Saya banyak bermuhasabah sepanjang tiga hari ini. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,” katanya.

Vivy berkata, ins1den berkenaan menjadi pengajaran terbesar buatnya.

“Cuma agak kecew4 kerana netizen mempercayai tanpa memeriksa kesahihan fakta sebelum berkongsi dengan meluas dan mengulang ciap di laman Twitter. Tak pasal mereka mengutip dosa.

“Saya pernah melakukan perkara sama apabila tidak memeriksa fakta sebelum berkongsi di laman sosial. Sejak itu, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Biarpun dihent4m teruk, Vivy berkata, dia akan bangk1t dengan semangat baharu, apatah lagi banyak pihak masih mempercayai dan memberikan semangat buatnya.

Dides4k letak jawatan

SATU petisyen yang menggesa ahli perniagaan popular, Vivy Yusof meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat lebih 103,000 tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik.

Petisyen itu dibuat kerana ketidakpuas4n hati masyarakat terhadap Vivy yang didakwa mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Vivy dike3cam teruk netizen apabila perbualannya dengan seorang lagi ahli perniagaan wanita yang juga rakannya di media sosial tul4r.

Dalam perbualan itu, mereka berkongsi dan bertukar pendapat mengenai sumbangan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat selepas

ramai yang terjejas dari segi pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Difahamkan, mereka dikatakan mempertikaikan sumbangan golongan berkenaan terhadap kerajaan selama ini.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Vivy bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MB

Apa komen anda?