“Saya Hanya Bagi Salam Dan Lepas Tu Netizen Tanya Kenapa Ustaz Pun Masuk Group Bawang?” – Fakhrul UNIC

Penyanyi dan pengacara, Fakhrul Radhi Khamarudin, dari kumpulan nasyid UNIC meluahkan rasa kesal apabila turut menjadi mangsa kecaman warganet.

Semuanya gara-gara namanya turut kelihatan dalam paparan skrin group aplikasi Telegram ‘Bantuan Cov1d Seni 2020’ dipercayai milik Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Fakhrul ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak tahu menahu isu yang berlaku di antara Seniman dan seorang artis wanita dan hanya menerima jemputan daripada persatuan tersebut untuk masuk ke dalam group tersebut.

“Saya hanya diinvite oleh Seniman masuk group tu. Group tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang bantuan COV1D-19 kepada mereka yang memerlukan.

“Ramai selebriti dalam group tu sebab 95% memang bercakap pasal bantuan, bukanlah pasal kontr0versi semata-mata.

“Itu yang saya terkejuut apabila nama turut terkait dalam kontr0versi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini,” katanya.

Tambah Fakhrul lagi ramai warganet yang salah sangka terhadapnya kerana berada dalam ‘group bawang’.

“Sebenarnya orang salah faham. Banyak lagi perkara yang dibincangkan dalam group tu cuma, paparan skrin tersebar hanya pada bahagian tertentu sahaja.

“Jadi orang pun salah faham dan bertanya kenapa ustaz ada dalam ‘group bawang’ dan membincangkan tentang artis wanita itu.

“Peliknya satu bahagian tu saja yang viral, bab bantuan tak ada pula. Sedangkan ramai juga yang tak tahu apa berlaku,” katanya.

Bagaimanapun Fahkrul berharap agar warganet tidak ‘pukul rata’ dan memandang negatif terhadap group tersebut.

“Jangan pukvl rata, bimbang nanti timbul fitn4h,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Hanya Bagi Salam Dan Lepas Tu Netizen Tanya Kenapa Ustaz Pun Masuk Group Bawang?” – Fakhrul UNIC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*