“Saya ditinggal sehelai-sepinggang tanpa ada harta” – Amelina kongsi tentang kisah peribadlnya bukan bertujuan meraih simpati

Selepas hampir lima tahun merahsiakan status diri, penyanyi, Amelina mengaku sudah bercer4i dengan suami, Reduan Mahamood, sejak 29 Jun 2016.

Membuat pengakuan di Instagram (IG), Amelina yang selesa membahasakan dirinya Kak Long, memberitahu, tindakan membuka kisah peribadi bukan bertujuan meraih simpati.

Sebaliknya, kata Amelina, perkara itu dikongsi untuk masyarakat melakukan muhasabah diri serta mengingati bahawa setiap orang, tidak kira artis atau siapa sahaja, menghadapi cabaran hidup.

“Apatah lagi, ketika ini, kita sedang melalui tempoh mencabar akibat penul4ran COV1D-19… Semua golongan mengalami tek4nan.

“Seperti saya, lagilah terasa dengan tiada pendapatan tetap apabila banyak persembahan dibatalkan. Tetapi saya percaya, rezeki tidak salah alamat,” katanya kepada BH Online.

Mengajak masyarakat bermuhasabah, Amelina mahu netizen tahu artis juga melalui kesus4han hidup dengan semua orang ada mas4lah sendiri.

“Amelina adalah penyanyi di atas pentas. Tetapi sebagai Norazlina (nama sebenar), saya adalah ibu tunggal yang merasai cabaran hidup. Tetapi kalau kita bersabar, tabah dan sentiasa positif, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Entri mengesahkan status dirinya sebagai ibu tunggal dimuat naik Amelina bersama video pendek dipercayai dirakam di Mahkamah Syariah, yang menampilkan peguam syariah yang mewakilinya, Rizz Iskandar.

Amelina bersyukur menggunakan khidmat peguambela yang memudahkan urusan percer4ian. Penyanyi Asyik ini juga berterima kasih kepada Liza iaitu isteri penyanyi dan komposer, Ajai, yang banyak membantu sepanjang proses itu.

“Ramai tidak tahu bila saya bercer4i. Memang saya meminta pada peguam untuk tidak menghebahkan berita ini. Alhamdulillah, peguam saya sangat membantu. Pejam celik, kes cer4i saya sudah selesai. Saya tidak sangka secepat itu, mungkin disebabkan doa saya sebagai insan teraniaya.

“Iyalah, percer4ian bukanlah suatu perkongsian yang menggembirakan. Berita ini boleh membuatkan kita s3dih, apatah lagi apabila ibu tunggal dipandang rendah,” katanya yang memiliki enam anak.

Amelina berkongsi, lima tahun yang diharungi sebagai ibu tunggal bukanlah mudah. Dalam mengatur perbelanjaan keluarga, Amelina mengamalkan budaya berjimat cermat.

“Tipulah kalau saya tak bersedih dengan keadaan saya. Jujurnya selepas bercer4i, saya rasa dugaan hidup saya amat berat apabila kembali kepada ‘sifar’.

“Saya bercer4i tanpa ada harta, sehelai sepinggang dengan anak-anak semua di bawah jagaan saya. Ketika itu, semuanya masih bersekolah.

“Apa yang paling saya risau adalah anak-anak. Bolehkah saya menyara anak-anak dalam usia saya yang lanjut ini. Dahulu, 20 tahun lalu, iyalah saya kaya-raya. Tetapi selepas 15 tahun menyepi daripada dunia seni, saya tiada satu sen pun.

“Tapi, Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui. Dengan doa yang tidak putus saya panjatkan kepada Allah, semuanya dipermudahkan dan rezeki kami sentiasa ada.

“Malah, kesulitan yang bekas suami saya tinggalkan seperti kes bankrap juga sudah selesai,” katanya.

Amelina berkahwin dengan Reduan pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 19; Putera Al’ Affiq, 18;  Putera Al’ Asyraff, 17; Puteri Nur’ Asyurah, 15; Putera Al’ Arffa, 13; dan Putera Al’ Amzar, 11.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

THROWBACK sikit, ramai yg nak tahu bila tarikh perkahwinan kaklong dan bila kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yg gelarkan kan kaklong JA6 😋. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana lawyer kaklong menguruskan dgn baik iaitu @rizz2612 bagi kaklong dia yg sgt terbaik dlm.mengendalikan kes kaklong.. dan masa tu kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik kaklong @mr.joe77 dan juga mak kaklong serta adik bongsu kaklong yg sentiasa disisi. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak mahkamah tinggi syariah seremban sgt2 membantu kaklong pada masa itu.😍 Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan kaklong berakhir 29hb June 2016. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dlm usia yg senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 org ank2 yg sedang membesar. Tetapi kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat di pandang tinggi dlm masyarakat dan agama. BUKTI nya kaklong sentiasa disayangi dan apa yg kaklong buat tuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan. Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling…bahagiakan org yg menyayangi kita… dan kita kena yg yakin kita di dlm golongan yg sentiasa dilindungan ALLAH. YANG BAIK DIJADIKA TAULADAN YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAKLONG DAN KELUARGA. AMIN… #stayhome

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: bharian

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya ditinggal sehelai-sepinggang tanpa ada harta” – Amelina kongsi tentang kisah peribadlnya bukan bertujuan meraih simpati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*