Pelakon Kilafairy berkongsi doa yang dibaca khas oleh seorang imam di Makkah buat rakyat Malaysia yang sedang berhadapan detik sukar ketika ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini meminta orang ramai untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Al-Hafiz Mohammad Sharif dari Masjid Abbad Makkah itu.
Dalam pada itu, imam tersebut turut berkongsi amalan yang perlu diamalkan ketika berhadapan wab4k COV1D-19 ketika ini.
Antara amalan yang dinyatakan adalah solat lima waktu, membaca ayat kursi serta beberapa bacaan doa dan zikir.
“Imam dari Makkah doakan Malaysia, tolong aminkan sama-sama dan kongsi, terima kasih,” tulis Kila sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Kila, rata-rata mereka mengaminkan doa tersebut.
View this post on InstagramTolong Aminkan sama sama and share. Thank you. Ni Kila upload balik full video.
Selain berdoa, mari kita sentiasa mengamalkan langkah penceg4han COV1D-19 dengan sebaik mungkin.
Amalkan membasuh tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat, pakai ‘sanitizer’ selepas menyentuh permukaan berisiko, amalkan penjarakkan sosial dan lakukan apa yang mampu melindungi anda dan keluarga.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Tolong Aminkan Sama-Sama…” – Kilafairy Kongsi Bacaan Doa Imam Dari Makkah"