Umur 30 Tahun, Wawa Zainal Nak Tutup ‘Kilang’

Pelakon Wawa Zainal meluahkan hasratnya untuk menambah cahaya mata lagi sebelum usianya mencecah 30 tahun ini.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, dia mempunyai impian untuk mempunyai dua orang lagi cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangganya.

“Eeee tiga dah anak..misi tambah dua lagi sebelum umur 30 tahun. Masalahnya sekarang pun dah 28 tahun,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut, Wawa turut berkongsi foto ketiga-tiga cahaya matanya.
 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

eeee 3 da anak ..misi tambah 2 lagi sebelum umo 30🥴 mslh nya skg pun da 28.. 😩korang umo berapa dan berapa anak? cuba share👇🏻👇🏻 #30tutupkilang #2moreyears

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak mahu meng4ndung lagi sebaik usianya mencecah 30 tahun.

“Korang umur berapa dan berapa anak? cuba kongsi #30tutupkilang #2moreyears,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya

“Samalah kita pun rancang 30 tahun nak tutup ‘kilang’. Anak baru 2 orang , umur dah 27 tahun. Nak tambah lagi macam seram pula.

“Untung Wawa, muda anak dah ramai. Nanti dah tua anak dah besar panjang. Saya ni 30, kahwin pun belum, ada anak nanti entah umur berapa pula,” tulis sebahagian netizen.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, dan Aya Soffya yang kini berusia empat bulan.
 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Umur 30 Tahun, Wawa Zainal Nak Tutup ‘Kilang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*