Vanidah Imran trending di Twitter gara-gara ‘Daulat’

PELAKON Vanidah Imran memberitahu dia tidak menjangkakan filem lakonannya berjudul Daulat akan mendapat sambutan sehingga menyebabkan namanya menjadi trending di laman Twitter.

Menurut Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Imran, 47, dia bersyukur dengan penerimaan penonton memberikan satu ruang yang baharu dalam dunia perfileman Malaysia.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan komen dan maklum balas daripada semua penonton selepas menonton filem tersebut. Sejujurnya, memang tak jangka akan mendapat sambutan sebegini.

Antara komen yang memuji jalan cerita filem tersebut dan lakonan Vanidah sebagai Suri.

“Filem itu mengisahkan dunia politik dan kita selalu rasakan yang penonton belum bersedia menerima filem sebegitu tapi sebaliknya. Generasi sekarang pemikiran mereka lebih terbuka.

“Jadi, bagi saya ia memberi satu ruang baharu dalam dunia perfileman. Masyarakat kita dah bersedia untuk menerima filem seperti ini,” kata Vanidah kepada mStar.

Pada Selasa, nama Vanidah Imran menjadi trending nombor satu Malaysia di Twitter selepas menerima banyak pujian mengenai lakonannya menerusi filem arahan Imran Sheikh itu.

 

Sebenarnya, watak Suri sangat mencabar kerana melibatkan p0litik. 

VANIDAH IMRAN

PELAKON

Rata-rata netizen memuji jalan cerita filem tersebut dan lakonan mantap Vanidah sebagai Suri.

Dalam pada itu, Vanidah memberitahu watak sebagai ahli p0litik memberi cabaran kepadanya sehingga memerlukan dirinya banyak melakukan kajian.

“Sebenarnya, watak Suri sangat mencabar sebab sudah tentu ia melibatkan politik. Saya memerlukan lebih ‘homework’ untuk menjiwai dan menyelami jalan cerita filem Daulat.

Tony dan Vanidah bersama pengarah filem Daulat iaitu Imran Sheikh.

“Memang sangat sukar untuk menghafal sebab kita kena faham ideologi dan dunia p0litik. Tapi bila kita dah faham keseluruhan, barulah kita boleh buat.

“Untuk menjiwai watak, saya belajar dengan cikgu Fatimah Abu Bakar tapi untuk berkenaan dengan dunia p0litik, saya banyak belajar dengan pengarah sendiri,” ujarnya.

Selain Vanidah, filem tersebut turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi yang boleh ditonton secara percuma menerusi Iflix.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Vanidah Imran trending di Twitter gara-gara ‘Daulat’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*