“Ini Soal Keselamatan Dan Ny4wa, Lepas PKP Buatlah 7 Hari 7 Malam” – PU Azman Ulas Isu Majlis Kahwin

Budaya perkahwinan di negara ini mungkin akan berlaku perubahan terutama pada tahun ini susulan penul4ran wab4k COV1D-19, lapor Awani.

Bagaimanapun pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman berkata, selama ini pun telah menjadi kelaziman untuk pasangan melakukan yang wajib iaitu pernikahan.

“Bila ada yang mengatakan majlis kecil-kecilan, adakah ini satu budaya baharu? Bagi saya tak ada masalah sama ada budaya baharu ataupun tidak.

“Sebab sebelum PKP (Peritah Kawalan Pergerakan) pun kita bukan jemput satu Asia sebab apa yang perlu difokus dan dipentingkan di sini adalah soal keselamatan dan nyawa.

“Lebih besar daripada isu kita nak berseronok buat majlis besar-besaran dengan pelbagai agenda pada majlis tersebut.

“Sebelum PKP pun, ada sebilangan orang yang budayanya buat akad nikah atau buat majlis kecil-kecilan kemudian setahun, dua tahun, atau apabila dah anak umur dua atau tiga tahun, anak itu pula sempat terima jemputan mak ayah ‘kahwin’ (majlis), baru dia buat kenduri atau majlis besar-besaran,” katanya kepada Astro AWANI.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Foto sebelum kawalan pergerakan. Ha kecam?,😂 . Rindu waktu bebas. Rindu Dungun.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Malah jelasnya, setiap pasangan yang bakal berkahwin mahupun ahli keluarga mereka perlu mendepani dugaan ini secara positif.

“Apabila Allah SWT kurniakan kebahagiaan kepada seseorang atau orang mukmin, maka dia bersyukur.

“Dan apabila dia bersyukur, bersyukur itu menjadikan dia positif dan baik. Tetapi apabila dia diuji dengan musibah, contohnya tangguh kahwin sebab PKP, maka dia bersabar.

“Dan itu adalah positif dan bagi dia dengan sifat sabar yang terhasil daripada beriman,” ujarnya.

Justeru beliau menasihati mereka yang bakal melangsungkan pernikahan untuk menangguhkan dahulu majlis kenduri atau keraian sebagai menepati arahan daripada pihak pemerintah sama ada dari sudut pentadbiran negara atau ulama.

“Kalau sembahyang Jumaat yang penting itu dibatalkan dan ditangguhkan, inikan pula majlis perkahwinan yang tidak sepenting sembahyang Jumaat.

“Sabar dahulu, tangguhkan dahulu majlis kenduri. Waktu akad nikah itu hanya melibatkan orang yang penting, yang melibatkan dalam rukun sahaja.

“Selepas habis PKP, kau buatlah majlis kahwin, tujuh hari tujuh malam, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kera,” katanya dalam nada berselor0h

Sumber: Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ini Soal Keselamatan Dan Ny4wa, Lepas PKP Buatlah 7 Hari 7 Malam” – PU Azman Ulas Isu Majlis Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*