CADANGAN pelakon Abby Abadi untuk membuka akaun bank bertujuan mengutip dana di laman Instagram mengundang rasa kurang senang netizen yang beranggapan ia tidak boleh dilakukan secara sendiri.
Enggan berdiam diri, Abby tampil menjelaskan tindakannya mengajak orang ramai menghulurkan bantuan kerana dia bukan seorang yang kaya atar bergelar jutawan.
Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia memberi cadangan untuk mengutip dana tersebut kerana ramai orang yang tidak berkemampuan memohon bantuan daripadanya.
Abby berkongsi bukti mesej meminta bantuan di Instagram.
“Saya cadangkan sebab terlalu ramai yang perlu dibantu dan saya tak sekaya Datuk Aliff Syukri. Kehidupan saya sederhana saja. Tanggungjawab banyak dan tanggungan pun besar.
“Bantu manja-manja bolehlah. Sekarang saya ajak berjemaah dan perlukan kasih sayang semua untuk bantu mereka yang memerlukan. Ramai kot! Marilah bersama-sama buat kebaikan.
“Tak kan la nak masuk syurga tak ajak kawan-kawan kan,” tulis Abby menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik paparan skrin komen netizen tersebut.
Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa turut mengalami nasib yang sama apabila niat dia ingin mengajak orang ramai memberi sumbangan menerusi akaun bank miliknya mendapat tegvran daripada netizen.
Gambar-gambar yang saya sertakan ini adalah sebahagian bukti saya buat kerja ini memang tiada kepentingan apa-apa.
ABBY ABADI
PELAKON
Menerusi laporan mStar pada Rabu, Abby meluahkan rasa syukur berjaya mengumpulkan hampir RM10,000 dalam masa kurang satu jam untuk disumbangkan kepada seorang wanita yang perlu membayar bil hospital selepas bers4lin.
Abby menerusi perkongsiannya itu memberitahu dia berasa terkejut dan tidak menjangkakan ramai netizen yang sudi memberi sumbangan untuk membantu wanita tersebut.
Dalam pada itu, Abby terpaksa berkongsi mengenai kerja amal yang sudah lama dilakukan agar orang mempercayai usahanya untuk membantu golongan memerlukan.
Abby berjaya mengumpulkan RM10,000 untuk disumbangkan kepada wanita yang perlu membayar bil hospital selepas bersalin.
“Ok la saya kongsi disini. Terpaksa juga bercerita supaya orang yakin dengan saya walaupun segan sebenarnya. Saya buat kerja ini dah lama. Musim PKP ini saya berusaha berkongsi.
“Menyumbang juga tapi sebab kemampuan saya terbatas jadi bila ramai yang yang datang memohon bantuan dengan jumlah yang lebih besar, saya tak terdaya.
“Gambar-gambar yang saya sertakan ini adalah sebahagian bukti saya buat kerja ini memang tiada kepentingan apa-apa. Atas rasa tanggungjawab sebagai hamba Allah dan atas rasa kemanusiaan sesama kita.
“Mari fikirkan bersama, kalau tak panggil tabung sebab tak boleh kumpul dana, nak panggil apa?,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "“Saya tak sekaya Datuk Aliff Syukri!” – Cadangan Abby Abadi buka akaun bank kutip dana dapat tentangan"