Selepas ‘Unfollow’ IG Menantu, Bonda Rozita Ungkit Sikap Sebenar Shahida Masa Bujang

Isu rumah tangga usahawan Aliff Syukri dan isteri Nur Shahida yang didakwa kini sedang goyah, semakin h4ngat diperkatakan apabila Bonda Rozita dikatakan ‘unfollow’ instagram menantunya, Shahida.

Sejak itu ramai mula mengimbas kembali detik awal perkenalan Aliff dan isteri Shahida yang pernah tul4r suatu ketika dahulu.

Apatah lagi kisah perkenalan itu dikongsikan sendiri oleh Rozita di Instagram beliau, dan bagaimana Rozita tanpa berselindung begitu memuji budi pekerti Shahida yang ketika itu masih bujang dan bekerja di syarikatnya.

Ramai yang mahukan Aliff dan Shahida kembali bersatu. Diharapkan perkongsian semula ini dapat mengeratkan semula hubungan antara Aliff Syukri, Shahida dan Bonda Rozita.

Bagaimana Ida menjadi menantu saya?

Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi

Masa interview staff HR beritahu dia ni adalah model syampoo yang terkenal. (Saya tak kenal artis sangat) saya agak tekejuut kerana seorang model yang income banyak boleh bekerja sebagai CS??

Disini saya akui saya tidak mahu orang yang dalam dunia glamour jadi ahli keluarga saya!

Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yang cantik, sangat baik.

Dia tak somb0ng dan tak kek0k mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model yang terkenal, ini sangat mengejuutkan saya.

Saya risik dan intai setiap kali waktu solat. Dia akan berhenti sekejap untuk solat, malah pernah sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya.

Ketika baru mula kerja, setiap hari peminat-peminat lelakinya hantar bunga dan beri jam mahal.

Ida bukan murah dan bukan senang nak dapatkan.

Bila Kri (panggilan Syukri) mengur4t dia pun tak nak. Wow hebat budak ni!

Sepanjang saya memerhati anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak saya dan kekuatan jiwa Ida, adakah memilih anak saya kerana harta.

Bila saya bagi zakat pada fakir mskin, Ida sebagai staf paling suka membantu uruskan.

Saya simpan dihati “Nak sangat budak ni”. Dan seterusnya yang meminang dia ialah abang Ady dan Kak Yatienya.

Kri memang hensem dan ramai peminat tapi bab d0sa besar dia tak akan buat. Itu saya puji Kri tentang hal ini. Nak kawin pun dia serahkan semua pada saya.

Shahida calon terbaik

Kemudian bila dia kata nakkan Ida, saya kata tak payah lama, kahwin jer terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sebab dia jaga anak saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya, puasa tak pernah tinggal sehari pun. Tak merokok dan sayang saya sangat-sangat (sampai nama anak dia pun dia nak saya letak nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri.

Sewaktu dia remaja, isteri orang, makcik-makcik suka dan sayang dia.

Untuk elak z1na, Ida calon terbaik untuk saya.

Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yang tergedik-gedik mengg0da orang kaya.

Ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya (Saya sangat memilih nasab)

Dan satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya, dia sama-sama membantu menjaga arwh ayah saya yang sakit. Dia sayang anak-anak saya yang masih kecil dan begitu bersemangat, tak mengeluh walaupun baru berkahwin

Cuba bayangkan dihati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?? –

Demikian luahan Rozita yang ditulis pada 26 June 2018 dan mendapat lebih 47 ribu tanda ‘like’.

Biodata Dan Latar Belakang Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri

Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Beliau mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai penyanyi Bienda.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Shahida binti Mohd Rashid

2. Kelahiran 14 Mac 1985. Kini berusia 34 tahun.

3. Mempunyai tujuh orang adik-beradik.

4. Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

5. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman yang juga dikenali sebagai Aliff Syukri pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang zuriat iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Mereka turut membesarkan seorang anak angkat bernama Ameena yang kini berusia dua tahun.

6. Menggunakan akaun Instagram rasmi atas nama @shahidadherbs yang sehingga kini mengumpul lebih dua juta pengikut.

kredit: https://iluminasi.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas ‘Unfollow’ IG Menantu, Bonda Rozita Ungkit Sikap Sebenar Shahida Masa Bujang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*