Netizen Doa Janna Nick Dijangk1ti Cov1d-19 Selepas Tersasul Cakap ‘Bagus Ada Public Figure Dijangkit1 Cor0na V1rus’

Pengacara Janna Nick membuat permohonan maaf terbuka apabila tersalah memilih perkataan ketika siaran langsung rancangan hiburan Melodi pada Ahad.

Akui Janna, dia sepatutnya menggunakan perkataan lain yang lebih sesuai untuk menyampaikan maksud sebenar kepada penonton.

“Minta maaf, saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Ayat yang patut diubah ialah perkataan ‘bagus’ tu.

“Perkataan sepatutnya ialah ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena Corona V1rus supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan creat awareness betapa bahayanya v1rus ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Day 6 ( Quarantine ) ✅ Please #stayhome ❗️ That’s the least we can do to help our front liners.. • • Saya mungkin dapat berlakon macam-macam watak…Tapi saya tak mungkin faham perasaan & tanggungjawab mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan kita dari wabak #covid19 … TERIMA KASIH DOCTOR,NURSES,PDRM,ATM & semua yang terlibat… We owe u guys 🥺 Please TAKE CARE ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,” katanya pada penghujung siaran langsung rancangan itu.

Janna pada mulanya mengulas mengenai keadaan pelakon Puteri Aishah yang dimasukkan ke hospital kerana positif Cov1d-19 minggu lepas.

Namun, pemilihan perkataannya tidak bersesuaian dan dilihat kurang sens1tif ketika dunia berdepan dengan situasi semasa kini.

Kata Janna;”Bagus juga jika ada public figure yang dijangk1ti cor0na ni, boleh sebarkan kesed4ran dan keadaan duduk dalam hospital tu.”

Ekoran itu, ramai penonton yang meluahkan rasa kecewa terhadap pengacara itu di laman sosial Twitter hingga ada yang mendoakan Janna dijangk1ti wab4k itu.

Selepas insiden berkenaan, pengacara bersama Awal Ashaari mengakui Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton.

“Tadi tu salah pentafsiran, kalau sesama kita membawang saya fahamlah. 

“Tapi maksud Janna orang kena Cor0na V1rus ni boleh berkongsi pengalaman mereka supaya kita tahu betapa seriusnya wab4k ini.

“Itu maksud Janna. Jadi, Janna pun sudah minta maaf, kita bolehlah drop topik ini,” tambah Awal.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Doa Janna Nick Dijangk1ti Cov1d-19 Selepas Tersasul Cakap ‘Bagus Ada Public Figure Dijangkit1 Cor0na V1rus’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*