Setelah Lama Berdiam Diri Kini Ibu Balqis Mula Dedah Situasi Mereka

IBU pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz bersyukur apabila buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih terjual sekali gus dapat menampung kehidupan mereka dua beranak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Norashikin berkata, dia tidak menjangka buku puisi itu masih mendapat sambutan.

“Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Cov1d-19.

“Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keperluan harian, Norashikin berkata, dia mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat,” katanya.

Norashikin berkata, hasil penjualan buku itu membolehkan dia menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gel4ndangan.

“Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu geland4ngan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setelah Lama Berdiam Diri Kini Ibu Balqis Mula Dedah Situasi Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*