Masih belum mempunyai teman hidup, ramai menanti siapakah wanita bertuah yang bakal bertakhta di hati pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak.
Melalui beberapa episod putus cinta, Zizan kini dilihat selesa memegang status solo dan memberikan tumpuan kepada aktiviti seni dan perniagaan.
Terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau dan melawak, baru-baru ini, Zizan ‘mendedahkan’ ramai pihak yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa.
Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram miliknya, Zizan memuat naik fotonya bersama Neelofa.
“Neelofa dan neeZizan. Terbelek-belek phone ternampak gambar ni. Dan ramai juga yang tanya Zizan, kenapa tak try Lofa.
“Zizan jawab simple je, “Kau ingat Lofa tu perfume dekat Sephora nak try-try” dan orang itu berlalu pergi hilang entah kemana WhatsApp pun di bl0ck Instagram pun private. Sekian cerita hari ini,” seloroh Zizan.
Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan entri yang dimuat baik oleh Zizan.
Posting terbabit turut mendapat perhatian beberapa orang selebriti iaitu Ramona Zamzam, Daphne Iking dan Melissa Th’ng.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Ramai Juga Yang Tanya Zizan Razak, Kenapa Tak Try Neelofa? Ini Jawapan Zizan Yang Mengejuutkan Ramai"