Terkejut Ustaz Abu Syafiq bila DS Anwar mengaku Liberal. Ini akan dia buat selepas balik ke Malaysia

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengakui beliau seorang yang liberal kerana sedia mendengar pendapat pelbagai pihak, sebagai menjamin kebebesan untuk bersuara.

Anwar berkata, bagaimanapun beliau tidak bersikap liberal dalam soal yang berkait dengan perkara membabitkan Islam.

“Kita ini liberal makna kita sedia mendengar, sedia menolak, sedia tasamuh toleransi dengan padangan, ya.

“Tapi bukan liberal sebagai seorang muslim, soal akidah nak liberal macam mana, solat lima kali sehari, saya tak liberal, puasa bulan Ramadan itu saya tak liberal.

“Tapi orang bagi pandangan, dia itu dari seorang ateis atau seorang komunis, dia memberi pandangan saya mahu dengar, saya mahu hujah, saya jawab.

Bukan asing ditvduh liberal

“Saya tidak hukum dia, saya tidak penjarakan dia kerana pandangan dia,” katanya dalam satu video soal yang dimuat naik dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata, tuduhan liberal terhadap dirinya bukan asing, malah baru-baru ini ada juga tokoh negara menuduhnya sedemikian.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan apakah dirinya liberal dan apakah PKR menjadi anggota Liberal International, persekutuan parti-parti beraliran liberal antarabangsa.

Berikut reaksi Ustaz Abu Syafiq

Terkejut sy dgr DS Anwar mengaku dirinya Liberal. Balik Msia nanti sy nk diskusi dgn beliau psl ni. Jgn bimbang. Sy pakai ‘tudung’ dan sarung tangan. Tunggu!

Pada 11 Mac, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad berkata antara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Anwar kerana ideologi politiknya yang liberal.

Menurut Mahathir, ia dapat dilihat apabila Anwar mengajak D4P untuk menyertai bersama gabungan parti yang ditubuhkannya sebelum ini.

“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada Umno ketika saya jadi perdana menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.

“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal.

“Dia nak dapat sokongan daripada D4P maka dia ajak D4P masuk, PAS masuk. Falsafah dia liberal,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Antara Reaksi follower Ustaz Abu Syafiq

Anwar berkata, beliau akan menolak liberal dalam erti kata meremehkan agama, menolak akidah dan akhlak.

Namun katanya, amat malang bila ada pihak yang mer0mpak sehingga berbilion ringgit dianggap tiada mvdarat berbanding liberal hanya kerana mereka konservatif muslim.

Jelas Anwar mendengar pandangan kumpulan yang bertentangan dengan keyakinannya seperti L *GBT, bukan bererti menyokong atau bersetuju dengan mereka.

“Itu kalau dianggap saya liberal kerana saya sanggup mendengar mereka itu, ok.

“Kalau tidak kalau saudara pilih satu sistem kuku besi, ya sistem macam Taliban yang semua tak boleh, semua kena hvkum yang wanita pergi sekolah pun tak boleh, itu nasib kita,” katanya.

Untuk rekod, sistem demokrasi liberal merujuk kepada pemisahan kuasa antara eksekutif, penggubal undang-undang dan kehakiman serta mematuhi kedaulatan undang-undang dan jaminan terhadap hak asasi manusia.

Cabaran kelima Wawasan 2020 ilham Dr Mahathir pada 1991 menyatakan matlamat, “mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.”

Dokumen Rukun Negara yang dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara pada 31 Ogos 1970 mencatatkan pada bahagian pengisytiharannya, antara cita-cita yang didukung Malaysia adalah “hendak menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.”

Sementara itu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan liberal antaranya bermaksud “(bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik” atau “berfahaman bebas” atau “berpandangan terbuka” (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Dr Mahathir yang tolak saya, bukan Melayu – Anwar Ibrahim

Bukan Melayu yang tolak saya, tapi Dr Mahathir Mohamad.

Itu bidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal.

“Tun Mahathir tolak saya tapi orang Melayu belum pasti. Saya bertanding di semua kawasan majoriti besar orang Melayu sokong saya. Di Port Dickson majoriti lebih 60 peratus sokong saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Malah kata Anwar, sokongan kaum Melayu boleh dilihat juga di kawasan lamanya di Permatang Pauh apabila rata-rata pengundi mengundi Melayu masih memilih beliau.

“Di Permatang Pauh, ia adalah sokongan Melayu, jadi saya ingat tidak perlu ulas lebih daripada itu,” katanya lagi.

Dr Mahathir semalam mendakwa masyarakat Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme Anwar kerana takvt kedudukan mereka ter4ncam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terkejut Ustaz Abu Syafiq bila DS Anwar mengaku Liberal. Ini akan dia buat selepas balik ke Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*