“Hingga satu tahap naf4s saya rasa seperti pendek dan tidak cukup” Wany Hasrita Diser4ng Peny4kit Ganggvan Kebimb4ngan

KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon, Datin Diana Danielle menerusi laman Instagram membincangkan isu peny4kit g4ngguan kebimb4ngan (anxiety disorder) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menarik perhatian penyanyi, Wany Hasrita.

Penyanyi yang muncul dengan single terbaharu, Canggung turut melayangkan komen dalam entri IG Diana dengan berkongsi dirinya juga berdepan situasi yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Subuh-subuh mandi perigi, Mak ai sejuk selamat pagi. 🤪

A post shared by #CANGGUNG (@wanyhasrita) on

“Hingga satu tahap nafas saya rasa seperti pendek dan tidak cukup. Ia menyebabkan saya sukar mahu tidur selama beberapa hari lalu kerana berg3lut dengan masal4h pernafasan. Saya menangis.

“Saya bangun pagi dan termenung atas katil. Kemudiannya, terbit rasa risau dan berfikir berlebihan mengenai masa depan serta situasi yang dilalui ketika ini.

“Sedar tak sedar sudah tengah hari. Saya bagaikan tak boleh bernafas dengan betul,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBP) pada 2018 itu tidak mahu terus larut dengan emosi yang meresahkan itu.

“Saya percaya ramai terkesan daripada segi mental dan fizikal dalam keadaan sekarang. Kita mula fikir itu dan ini. Saya tidak terkecuali apabila bimbang diser4ng p4nik dengan keadaan tidak terkawal ini.

“Serangan panik akan menjadi sekiranya tidak melakukan apa-apa. Saya ada bertanya kepada Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung peny4kit g4ngguan kebimb4ngan ini. Beliau menjelaskan, ia berpunca daripada tek4nan dan ket3rlaluan berfikir.

“Jujurnya, saya mengambil masa selama lima hari untuk kembali stabil,” kata artis naungan FMC Music itu.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia mahu kembali bertenaga dan positif dalam melalui musib4h penul4ran COV1D-19 yang melanda seluruh dunia.

“Semua orang berg3lut ketika ini. Saya kena tenangkan minda dan selalu berfikiran positif. Insya-Allah, akan lebih tenang.

“Jangan lupa panjangkan doa, lama kelamaan hilang semua rasa dan kegus4ran dalam jiwa. Kita kena kuat dan melalui ujian ini bersama,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hingga satu tahap naf4s saya rasa seperti pendek dan tidak cukup” Wany Hasrita Diser4ng Peny4kit Ganggvan Kebimb4ngan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*