Aksi Abang Polis Selamatkan Anak Anjing Raih Perhatian, Siap Dapat Surat Penghargaan Daripada Tengku Permaisuri Selangor!

Sikap prihatin anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bernama Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee membantu menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar bukan sahaja mendapat perhatian netizen.

Berita itu turut meraih perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan surat penghargaan kepada Azad atas keperhatinannya menyelamatkan anak anjing terbabit.

Berita terbabit dikongsikan oleh laman Facebook Polis (IPD) Shah Alam kelmarin.

“MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR.

“YDH ACP Baharudin Mat Taib (Ketua Polis Daerah Shah Alam) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee daripada Unit MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam.

“Turut serta dalam masjlis ini adalah Supt Ramsay Anak Embol (Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), Muhammad Syahir Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor), Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.

“Penyampaian surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor kepada Azad telah disampaikan oleh Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor) dan disaksikan oleh ACP Baharudin Mat Taib.

“Surat Penghargaan ini adalah atas keprihatinan Azad untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang telah jatuh ke dalam longkang dan video berkenaan telah tul4r dilaman sosial yang mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat,” kongsi akaun terbabit.

Sebelum ini, aksi Azad menyelamatkan anak anjing tersebut telah tular di laman sosial.

Rakaman video aksi Azad yang dimuat naik oleh rakannya, Koperal Ezam Ramli di laman Facebook telah meraih lebih 490,000 tontonan, 29,000 tanda suka dan 24,000 perkongsian.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aksi Abang Polis Selamatkan Anak Anjing Raih Perhatian, Siap Dapat Surat Penghargaan Daripada Tengku Permaisuri Selangor!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*