Selepas 60 Hari Pemerg1an Ashraf Sinclair Adam, Aishah Dan Dida Luah Sesuatu Tentang Arwh Ashraf Sinclair

Pemerg1an Allahyrham Ashraf Daniel Mohamad Sinclair pada 18 Februari lalu pasti tidak akan terpad4m daripada memori setiap ahli keluarga serta rakan-rakan rapat.

Dalam tiga entri berbeza selepas dua bulan permerg1an Allahy4rham, adik lelakinya Adam Youssof Sinclair, adik perempuannya Aishah Jennifer Sinclair dan ibunya khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Dida Sinclair, masing-masing mencurahkan isi hati di Instagram masing-masing.

Di Instagram milik Adam, ringkas sahaja apa yang ditulisnya tapi penuh makna yang mendalam.

“Sudah dua bulan abang perg1. Adam ingin ucapkan terima kasih untuk setiap kali abang membantu Adam, dan Adam tahu lebih daripada beberapa kali.

“Hari ini Adam ceburkan diri dalam sesuatu yang baru. Adam rasa abang akan bangga dengan Adam. Sayang abang Ash setiap masa. Al-Fatihah,” tulis Adam dalam Bahasa Inggeris.

Aishah sebagai adik perempuan juga tidak lupa meletakkan satu entri di Instagram miliknya.

“Genap dua bulan hari ini (semalam). Tidak satu haripun yang berlalu membuat kami lupa pada Abang. Kata mereka, masa akan mengub4ti, tetapi luk4nya tetap sama.

“Aishah terjumpa voicenote abang dalam Google Drive. Mendengar suara abang mengurangkan sedikit rasa ‘kesak1tan’, tetapi ianya juga mengingatkan Aishah tentang kekosongan di dalam hati yang tak akan dapat dipenuhi sejak kehil4ngan abang.

“Aishah rindukan abang sangat-sangat. Kalau anda teringatkan abang saya, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan doa buatnya. Terima kasih,” tulis Aishah dalam Bahasa Inggeris.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s two months today. Not a single day has gone by that we don’t think about you. . They say time heals, but it hurts just the same. . I came across your voicenote in my Google Drive. Hearing your voice helped ease the pain a little, but reminded me that there is a void in my heart that will never be filled now that you are gone. . I miss you so much Abang. . If you think about my brother today, please read him Al-Fatihah or send him a prayer. Thank you ❤️

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer) on

Ibu kepada Allahy4rham Ashraf yang lebih dikenali sebagai Dida Sinclair turut berkongsi perasaan di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum wbt. Al-Fatihah. Sudah dua bulan sejak Alm4rhum Ashraf meningg4lkan Bunga, Noah dan kami semua. Kami tidak pernah berhenti berdoa dan membaca surah Yasin untuk Allahyrham dan buat kami di sini, untuk meneruskan hidup baru tanpa dia di sisi.

“Untuk kami redho yang dia sudah kembali ke Rahmattullah dan untuk kami sentiasa ada buat Bunga dan Noah, melihat dia membesar sebagai anak yang soleh dengan sokongan keluarga Sinclair dan keluarga besar di Jakarta.

“Semoga Allah SWT mengampunkan doa Almarhvm dan menjaganya seperti mana Dia menjaga kami di sini. Semoga Bunga dan Noah sentiasa mencintai Ashraf, menghargai tingkah lakunya yang positif dan meneruskan hidup dengan gembira, penuh kesyukuran dan sentiasa memberi yang terbaik.

“La illaha illa anta subha naka inni kuntu minazzorlimiin. Aamiin. Terima kasih semua atas doa, sokongan dan ucapan, dan semoga anda dikurniakan balasan yang baik daripada Allah SWT. Aaminn. Wasallamualaikum wbt. Al-Fatihah,” tulis Dida juga dalam Bahasa Inggeris.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum wbt Al-Fatihah. Its 2 months today since Alm Ashraf left Bunga, Noah and all of us. We never stop our doa and read Yasin for him and for us here, to live a new life without him. For us to redho that he has gone to Rahmattullah and for us to stay close to Bunga and Noah, to watch him grow, as ‘anak yang soleh’, with full support from the Sinclairs and the ‘keluarga besar di Jakarta’. May Allah swt grant Almarhum forgiveness and protect him over there and may Allah swt protect his loved ones over here, for Bunga and Noah to continue the love of Alm Ashraf, to treasure his positive attitude to life and to live again with happiness, gratitude and always in contribution. La illaha illa anta subha naka inni kuntu minazzorlimiin. Aamiin. Thank you very much for your doa, support, well wishes and may Allah swt reward you with your kindness. Aamiin. Wasallamualaikum wbt Al-Fatihah.

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on

Pelakon terkenal Allahy4rham Ashraf Daniel Mohmad Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari, 2020. Ashraf turut meninggalkan seorang balu, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 60 Hari Pemerg1an Ashraf Sinclair Adam, Aishah Dan Dida Luah Sesuatu Tentang Arwh Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*