“Sedap suara Datin, jauh beza dengan Aliff Syukri” – Netizen

Bakat adalah sesuatu kebolehan tentang sesuatu perkara yang diperoleh oleh setiap manusia. Setiap manusia punyai kebolehan yang berbeza-beza. Ada yang berkebolehan untuk melukis, menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya. Selalunya, bakat dianggap sebagai satu kebolehan yang ada sejak lahir. Namun, ada juga bakat dimana apabila diasah, ianya akan semakin mahir dan menjadi kebolehan seseorang.

Seperti kita lihat dalam industri seni kita, ramai artis-artis yang baru menceburi bidang ini kelihatan kaku di hadapan kamera tetapi setelah lama kelamaan berlakon, ia telah membuatkan pelakon-pelakon baru ini pelajari apa yang silap dalam lakonan mereka. Jadi tidak salah untuk seseorang itu untuk menceburi bidang yang baru untuk perluaskan lagi perspektif bakat masing-masing. Begitu jugalah untuk Datin Shahida, seorang ibu kepada 6 orang anak dan seorang usahawan berjaya.

Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang wanita dan ibu yang kuat dan tabah, beliau juga dipandang sebagai antara wanita yang hebat dalam bidang keusahawanan. Selain itu, rupanya selama ini beliau punyai bakat terpendam yang tidak ramai ketahui. Baru-baru ini, Datin Shahida berkongsi sebuah video dimana beliau sedang menyanyikan sekerat lagu ketika bersama anak bongsunya, Raudhah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aisyah Isteri Rasullullah . Saya ni nak smule tapi malu2 pula….bg 15 saat je la …hahah percubaan pertama….nanti kalau byk nak dengar saya upload la full🤪tapi jgn la kecam ok…ni level2 nyanyi kat toilet.. ni @kellyazman yg suruh😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Kelihatan didalam video tersebut, beliau sedang menyanyikan lagu Aisyah Isteri Rasullullah menggunakan aplikasi nyanyian bernama Smule. Menurut beliau di kapsyennya, beliau berkata mahu cuba menyanyi bersahaja di Smule tetapi segan. Makanya, beliau hanya berkongsi sekerat dari lagu tersebut yang beliau nyanyikan untuk tatapan netizen.

Netizen kebanyakannya sangat kagum selepas mendengar suara Datin Shahida dan meminta untuk berkongsi versi penuh lagu tersebut yang beliau nyanyikan. Ada juga yang memuji suara Datin lebih sedap dari suaminya, Dato’ Aliff Syukri yang telah menyanyikan beberapa lagu ciptaannya sendiri. Ada juga yang mendedahkan rupanya sebelum ini Datin Shahida pernah menjadi antara penyanyi nasyid.

Untuk mengetahui potensi kita tentang sesuatu perkara itu, kita harus mencuba dahulu dan menilai sendiri. Selepas membuat penilaian sendiri, cuba untuk persembahkan kepada orang terdekat kita dan meminta pendapat mereka. Jika mereka merasakan potensi kebolehan kita itu mampu membawa kita lebih jauh, apa salahnya untuk asah bakat yang mungkin boleh membawa kita ke arah kejayaan.

sumber :ig shahidadherbs

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: VIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sedap suara Datin, jauh beza dengan Aliff Syukri” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*