“Suami Meningg4l Akibat K4nser, Ada Dua Anak Sak1t Dan Terpaksa Cari Duit…” Dr Che Hafiz Dedah Sesuatu

Dr Che Hafiz mengakui ada satu kisah yang menyebabkan dia mula melakukan ulasan Instagram atau IG review.

Kisah itu dikongsi Dr Che hafiz pada satu entri di Instagram miliknya yang mempunyai lebih 66,000 orang pengikut.

“Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun duit masuk? Biar betik doc ni! Sepanjang PKP ni saya rasa antara paling banyak buat IG story iklankan pasal makanan, minuman dan lain-lain lagi berkaitan barangan keperluan seharian berbanding hari-hari sebelum bermulanya PKP.

“Sebenarnya bukan saya nak merungut ke apa tapi ada satu perkara yang terjadi kepada diri saya sehingga membuatkan hati saya terbuka untuk buat IG review, bantu setakat mana yang saya mampu kepada mereka yang berniaga masa PKP terutamanya peniaga kecil dan sederhana,” tulis Che Hafiz panjang lebar.

Menurut Dr Che Hafiz, ianya bermula apabila dia menerima satu mesej peribadi melalui telefon bimbitnya.

“Terkandung di dalam mesej tersebut berkenaan seorang wanita lingkungan 40 tahun, suaminya telah lama meningg4l dunia ak1bat kans3r.

“Katanya lagi ada dua orang anak yang perlu ditanggung dan kedua-dua orang anaknya itu mengalami Kecac4tan otak,” kongsi Dr Che Hafiz.

Tambah Che Hafiz, apa yang membuat dia tambah tertarik adalah apabila wanita tersebut bertanyakan berapa harga yang dikenakan jika dia ingin membuat IG Story tentang jualannya.

“Wanita itu memberitahu buat masa itu dia tidak boleh keluar bekerja seperti biasa dan hanya mampu bekerja dari rumah dan berniaga secara onlina sahaja.

“Saya pun dengan pantasnya jawab takpalah puan saya buat free je untuk puan. Saya rasa orang macam ni layak dipuji sebab gigih berusaha mencari sumber rezeki halal walaupun masa-masa kriti1kal macam PKP sekarang ni.

“Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa bersyukur kerana dengan lahirnya rasa selalu bersyukur ini maka jiwa pun dapat dididik dengan baik,” tulis Che Hafiz lagi.

Tambahnya, kita perlu saling ingat mengingati bahawa setiap yang kaya pasti ada yang misk1in, setiap yang senang pasti ada yang susah.

“Setiap bencana yang hadir itu pasti ada hikmahnya tersendiri manakala setiap orang yang duduk rumah pasti ada orang yang duduk di luar untuk terus berju4ng demi tugasan negara seperti frontliners menent4ng covi1d-19,” tambahnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Time2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun duit masuk ?? Biar betik doc ni ! Sepanjang PKP ni saya rasa antara paling banyak buat IG story iklan kan pasal makanan, minuman dan lain2 lagi berkaitan barangan keperluan seharian berbanding hari2 sebelum bermulanya PKP. Sebenarnya bukan sy nak merungut Ke apa tapi ada satu perkara yang terjadi kpd diri sy sehingga membuatkan hati sy terbuka untuk buat IG review bantu setakat mana yg sy mampu kpd mereka yg berniaga time2 pkp especially peniaga kecil dan sederhana.Ia bermula apabila sy telah menerima personal message melalui phone drpd seorang hamba Allah sorang ni.Terkandung di dlm msg tersebut berkenaan seorang wanita lingkungan 40 tahun, suami nya telah lama meninggal dunia akibat kanser. Katanya lagi ada dua orang anak yang perlu ditanggung dan kedua-dua orang anaknya itu mengalami Kecacatan otak.bertambah menarik perhatian sy lagi apabila si wanita mula bertanya “doktor charge harga brape kalau nak buat IG story” Sebab buat masa ni sy nak keluar rumah untuk buat kerja mcm biasa pun tak boleh doc jadi mampu jual barang dari rumah secara online je.Sy pun dgn pantasnya jawab la takpela puan sy buat free je untuk puan.Sy rasa orang mcm ni layak dipuji sb gigih berusaha mencari sumber rezeki halal walaupun time2 kritikal mcm PKP skrang ni.semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa bersyukur.kerana dengan lahirnya rasa selalu bersyukur ini maka jiwa pun dapat dididik dgn baik.Apa2 pun Kita Kene sentiasa ingat setiap yang kaya pasti ada yang miskin , setiap yang senang mesti ada yang susah, setiap bencana yang hadir itu pasti ada hikmahnya tersendiri manakala setiap orang yg duduk rumah pasti ada orang yang duduk di luar untuk terus berjuang demi tugasan negara seperti frontliners menentang covid-19. “Don’t create haters but just spread the love ❤” Salam ramadhan semua.. Jom tarawikh ! #sayangnegara #medicalteam #kitabantukita #stayhome #perjuanganmasihditeruskan

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on

Che Hafiz juga berharap kita semua jangan menjadi pembenc1, tetapi sebaliknya menyebarkan rasa cinta antara satu sama lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Suami Meningg4l Akibat K4nser, Ada Dua Anak Sak1t Dan Terpaksa Cari Duit…” Dr Che Hafiz Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*