Ada Yang Mend4kwa Ustaz Ebit Lew A1bkan Keluarga Ini Reaksi Anak Pak Aq Yang Tak Disangka2

Niat Ustaz Ebit Lew membantu keluarga Pak Aq yang daif di Kedah disalah erti segelintir pihak. Ada mendakwa Ustaz Ebit membuka ai1b keluarga tersebut kerana memuat naik video dan foto mereka ke laman sosial. Anak Pak Aq, Siti Nor Saadiahton bagaimanapun menaf1kan

Menurut Saadiahton kepada Berita Harian, dia sekeluarga tidak pernah menyal4hkan Ustaz Ebit apatah lagi merasakan pendakwah itu telah mengai1bkan keluarga mereka.

Ustaz tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia ai1bkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu.

Sesiapa pun yang membuat laporan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran Ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah.

Tambah wanita 25 tahun ini lagi, mereka menghargai bantuan diperoleh dari semua pihak sebelum ini. Dia juga bersyukur kerana diaturkan pertemuan dengan Ustaz Ebit ketika mereka sememangnya mahu pindah.

Selama ini kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.

Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada Ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang bersalah dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka.

Ujarnya lagi, mereka sudah terbiasa dengan hin4an sebelum ini, dan beranggapan kedatangan Ustaz membuka lembaran baru bagi keluarga mereka.

Kami sudah lali dihin4 orang. Namun kehadiran Ustaz memberi sinar untuk keluarga kami menjadi lebih baik, saya doakan Ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan Ustaz.

 

Sumber: Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ada Yang Mend4kwa Ustaz Ebit Lew A1bkan Keluarga Ini Reaksi Anak Pak Aq Yang Tak Disangka2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*