“Jika Ebit Liew tk diterima mana2 pihak..”–Ketua UMN0 Temerloh mula bersuara

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Temerloh Pahang bersedia menerima kehadiran pencemarah bebas, Ustaz Ebit Liew ke kawasan itu untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ketuanya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kesediaannya menerima kedatangan penceramah mualaf itu sekiranya beliau tidak diterima oleh mana-mana pihak.

“Kepada Ustaz Ebit Liew, jika tempat lain tidak mahu terima kehadiran ustaz untuk menghulurkan bantuan, Temerloh sentiasa membuka pintu kepada ustaz, yang pernah berceramah di Lanchang pada awal tahun 2018.

“Jika kita tidak mampu membantu orang memerlukan, bersama-samalah kita hargai usaha orang lain untuk membantu.

“Datanglah lagi ke Temerloh Ustaz Ebit Liew,” katanya dalam status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Ebit Liew dikec4m beberapa pihak termasuk dalam golongan bergelar ustaz berikutan tindakannya bermurah hati menghulurkan bantuan kepada orang miski1n.

Beliau juga dipanggil polis untuk mengambil keterangan berikutan ada laporan mendakwa ahli perniagaan itu mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Mohd Sharkar yang merupakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Peladagang Negeri Pahang, Ebit Liew adalah seorang individu yang cukup ‘simple’ dan baik perwatakannya.

Kata beliau, umum pasti tahu Ebit Liew adalah seorang mualaf yang setiap kali berceramah, penyampaiannya penuh dengan pengisian dan apa yang penting sangat mudah difahami.

“Kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Ebit Liew bagi saya sangat bermakna, ia ‘simple’, tetapi begitu mendalam maknanya.

“Selain berceramah, beliau juga kerap tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama, saya percaya tidak semua mualaf ataupun orang Islam boleh buat seperti apa dilakukannya,” katanya.

Bagaimanapun, dengan kesal beliau menyatakan, tindakan Ebit Liew itu dikrqitik dan disalahertikan oleh segelintir pihak.

Atas faktor itu, katanya, Ebit Liew berkongsi kesedihan kerana niatnya disalaherti dan membuat keputusan berehat daripada memberi bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan.

“Saya berpandangan, kisah ustaz Ebit Liew membantu golongan miskin dengan cara memuat naik di laman sosial sekadar berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

“Namun, mungkin tindakan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak, tetapi niat beliau cukup murni,” katanya.

Hari ini kita menyaksiakan Ebit Lew telah kembali dengan kerja amal beliau buat ramaai lega dan terharu

Alhamdulillah, selepas dua hari Ebit Lew kembali semula dengan kerja-kerja dakw4h beliau dengan lebih bersemangat. Berikut antara status terbaru Ebit Lew mengenai nas1b sebuah keluarga di Baling Kedah

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk”tulis Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Jika Ebit Liew tk diterima mana2 pihak..”–Ketua UMN0 Temerloh mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*