Pengacara Qi Razali menyatakan kekes4lan terhadap tindakan usahawan selebriti Datin Vivy Yusof yang didakwa mencipl4k rekaan dan konsep koleksi terbaharu Duck daripada jenama tempatan lain, Soonaru.
Kata Qi, tindakan Vivy telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain yang sebelum ini bertungkus-lumus untuk memajukan jenama mereka.
“Nak cipl4k pun agak-agaklah. Aiyo, sepertimana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar.
“Dia telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.
“Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya suspek pasukan dia pun ada kena mengena, come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.
“Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memec4t pasukannya itu,” kata Qi.
Terdahulu, model yang berkolaborasi dengan jenama berkenaan, Nia Atasha berkongsi luahan hati di Instagram Stories mengenai situasi memalvkan itu.
“Dua tahun lepas saya mengeluarkan koleksi tudung yang saya reka ilustrasikan berkolaborasi dengan Soonaru.
“Selama enam bulan saya bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berhasil.
“Tapi dua tahun kemudian iaitu hari ini, saya dapat tahu Duck menghasilkan sesuatu lebih kurang sama.
“Saya faham tiada apa yang original dan sesiapa sahaja boleh menginspirasikan dari mana-mana. Tetapi saya rasakan ia kurang tepat.
“Konsep kempen dan semuanya. Entahlah,” tulis Nia yang merupakan teman wanita Qi.
Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan Vivy dan pasukannya tidak betul.
Namun, ada segelintir yang melihat seni itu suatu yang subjektif.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Tudung Baru Vivy Yusof Did4kwa Cipl4k Jenama Lain Lagi, Ini Reaksi Padu Qi Razali & Kekasih"