Model Sensasi Alicia Amin Seru Model B0ikot Bekerja Dengan Vivy Yusof

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan jenama tudung popular dUCk Scarves oleh usahawan terkenal Vivy Yusof did4kwa telah menciplak idea photoshoot tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Isu itu menjadi bualan ramai netizen, malah ada yang mendakwa itu bukan pertama kali perkara itu terjadi. Perkara itu mendapat perhatian model sensasi Alicia Amin yang ternyata tidak gembira dengan kontr0versi tersebut.

Malah, menerusi perkongsian di Insta Story menyeru model-model yang lain untuk memb0ikot serta tidak menerima sebarang tawaran daripada Vivy Yusof serta jenama usahawan tersebut sebagai tanda solidariti buat Sleepyllama.

Turut memberikan pendapatnya tentang isu berkenaan, Alicia berkata perkara seperti itu bukan lagi ‘tak sengaja’ kerana ianya sudah berulang kali terjadi.

Malah, Alicia berkata Vivy mendakwa dia mengambil berat tentang jenama kecil tapi itu tidak menghalang untuk mengambil idea yang sama. Alicia mend4kwa juga Vivy juga turut ‘main harga’ murah untuk sebarang photoshoot dengan alasan tiada bajet.

Dalam pada itu, Alicia berkata ada banyak cara untuk melakukan photoshoot berkaitan ‘Art Studio’ dan hanya boleh Google sahaja. Alicia turut membandingkan kedua photoshoot yang dilihat hampir sama dari segi tema dan pengcahayaan.

Terdahulu, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Model Sensasi Alicia Amin Seru Model B0ikot Bekerja Dengan Vivy Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*