Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah buat keputusan untuk melonggarkan PKP pada 4hb Mei 2020.
Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah menyuarakan pendapat kurang setuju dengan rancangan kerajaan Muhyiddin Yasin. Jom baca.
Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covi19 baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pes4kit sembuh.
Ini bermakna 57 adalah j4ngkitan dalam negara akibat penularan v1irus Cov1id yang masih mereb4k dalam masyarakat tempatan.
Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu.
Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?
Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat.
Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal.
Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri ri1siko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita.
Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai?
Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longg4rkan lockd0wn, kes j4ngkitan meningkat mendadak.
Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.
Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am.
Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.
Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?
Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja.
Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.
Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?
Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar Rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing semasa di tempat-tempat umum.
Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam.
Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing.
Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini.
Sumber: Najib Razak
kredit : EESohor
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mediaviral
Be the first to comment on "PKPB: Najib Razak Tak Puas Hati Dengan Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin"