Pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Wan Atiqa Farhana bt Wan Sarmizi atau nama komersilnya Eyka Farhana semakin menjadi perhatian peminat. Sedikit latar belakang pelakon cantik ini, dia dilahirkan pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor.
Eyka bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak dari tahun 2011 lagi. Wataknya mula disedari ramai menerusi drama Juvana dan juga Istikharah Cinta.
Meniti kehidupan seperti orang lain, Eyka Farhana tidak dapat lari dari kisah cinta. Umum sudahpun dapat menghidu kisah cinta pelakon ini dengan salah seorang pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, iaitu Akhyar Rashid.
EYKA DAN AKHYAR TIDAK LAGI BERAHSIA
Sebelum ini, kisah mereka pernah menjadi perhatian apabila tersebarnya gambar mereka berdua bercuti di Thailand dengan beberapa lagi teman yang lain. Kisah cinta mereka bukan sekadar direka-reka, malah kemesraan mereka semakin akrab saban hari.
Enggan menyembunyikan lagi hubungan yang dilalui, Eyka dilihat ada memuat naik status di Instastory miliknya pada beberapa jam yang lepas dalam menitipkan kata-kata manis buat Akhyar.
BERTEMU AKHYAR, MOMEN PALING INDAH
Bersempena dengan ulang tahun Akhyar Rashid yang ke-21, Eyka ada menitipkan ucapan manis bersemut. Menurut Eyka pertemuan dengan bintang bola sepak berkenaan adalah momen yang paling indah sepanjang hidupnya.
Tambah Eyka lagi dia akan sentiasa menyanyangi, menjaga serta mencintai Akhyar sehingga akhir hayatnya.
“1.5.2020 Happy Birthday to my special man! Meeting you was the most wonderful thing that has happened to me in life. I might be a crazy lover, hehe (most of the time) but I’ll love you, care for you and hold you down till the end. InsyaAllah. Tia amo mucho.” Kongsi Eyka.
I LOVE YOU SO MUCH-AKHYAR RASHID
Status Eyka dimuat naik semula oleh Akhyar di Instastory. Dia sempat membalas ucapan terima kasih dan turut mencintai Eyka.
Semoga Akhyar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ramai peminat tak sabar untuk melihat kedua mereka mengakhiri hubungan di atas jinjang pelamin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MECCKS.COM
Be the first to comment on "Bkn Lg Cerita Rekaan, Eyka Farhana Bagi “Ucapan Bersemut” Buat Kekasih Hati. Tarik Perhatian Netizen"