Kisah Di Sebalik Kehidupan Mimi Peri Yg Ramai Tak Tahu Hingga Membuat Netizen Sebak

Sejak kebelakangan ini nama Mimi Peri sering disebut-sebut oleh netizen. Individu yang terkenal dengan meme-meme lucu di media sosial ini telah membuat orang ramai tidak kering gusi menonton gelagatnya yang menghiburkan.

Malah artis-artis tempatan seperti Fizz Fairuz dan Zizan juga mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan watak dari Indonesia ini.

Namun bagi yang tertanya-tanya bagaimanakah Mimi Peri boleh menjadi seorang bintang di media sosial, sebenarnya terdapat kisah sedih di sebalik pencapaiannya itu.

Mimi Peri adalah watak yang direka oleh seorang lelaki Indonesia bernama Ahmad Jaelani. Sebelum menjadi terkenal, Ahmad adalah seorang pekerja buruh kasar dan akan mengambil apa sahaja kerja untuk menampung kehidupannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TAG ANAK INDOMARET YG SATU SIP PENGEN JADI MANUSIA BUMI

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri) on

Mempunyai seorang ibu yang sangat diagungkannya bernama Siti Purwati Muslimah, dikatakan hubungan rapatnya dengan ibu adalah apa yang memberikan lelaki berusia 32 tahun ini inspirasi untuk mencipta watak Mimi Peri selepas dia berhenti kerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ak dan @emak.ratu gk mau pisah sampe kiamat

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri) on

Ibu Ahmad juga merupakan seorang bekas penari popular di Bali pada tahun 70an. Namun sejak kehilangan suami ketika usia anaknya 3 tahun, kehidupan mereka sekeluarga menjadi sangat susah.

Sebagai Mimi Peri, Ahmad Jaelani menghasilkan penampilan yang unik dan lucu untuk menghasilkan parodi watak-watak dan personaliti terkenal, sehingga dia meraih ribuan pengikut di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Video call sama Mantan suamiku, @oohsehun Bapak nya anak pertama ak HUN JOSE MIE (SEHUN TOJOS MIMI)

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri) on

Walau bagaimanapun Mimi mengakui pada mula kemunculannya ramai orang menggelarnya sebagai sampah masyarakat dan mengatakannya gila. Namun dia tidak berputus asa sehinggalah orang ramai dapat menerima wataknya itu.

Walaupun tidak lulus dalam akademik, kreativiti lelaki ini berjaya membawanya jauh setelah mendapat banyak tawaran endorsement di Instagram yang membantu dia memperbaiki ekonomi keluarga.

Kisah sebenar kehidupan Mimi Peri rata-rata membuat netizen terharu dan tidak menyangka bahawa seseorang yang g1ila-g1ila sepertinya sebenarnya mempunyai kehidupan sebenar yang menyedihkan.

“Bagus dia tak lupa ibu…”

“Yg selalu ketawa ni dia lah yang paling sedih sebenarnya…”

Sumber: Liputan 6, Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kisah Di Sebalik Kehidupan Mimi Peri Yg Ramai Tak Tahu Hingga Membuat Netizen Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*