Ramai Tak Tahu. Aktiviti Dato Feroz Setiap Kali Lepas Solat Jumaat Di Masjid India KL

Walaupun menawarkan p0t0ngan harga yang tinggi, nampaknya ia masih gagal menarik orang ramai. Sudah pasti ianya berkaitan dengan kenyataan Muzaffar Jakel yang masih memberi kesan kepada orang melayu.

Datuk Faroz juga memohon agar masyarakat melayu jangan terus menghukumnya kerana melalui sokongan orang melayulah setiap tahun beliau mampu membayar zakat yang bernilai jutaan ringgit di lembaga zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tambahnya lagi melalui keuntungannya di Jakel lah membolehkan beliau terus memberi bantuan kepada beberapa madrasah dan sekolah tahfiz yang dibantunya secara rahsia.

Sebelum ini beberapa keping gambar Datuk Faroz memberi sedekah di sebuah masjid telah dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial. Menerusi gambar tersebut, kelihatan Datuk Faroz menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Dikatakan ia adalah rutin yang sentiasa diamalkan oleh Datuk Faroz setiap kali habis menunaikan sembahyang jumaat sejak dahulu lagi. Pelbagai komen di berikan oleh wargamaya yang mana ramai sebenarnya mengetahui tentang kemurahan hati Pengarah Urusan Kumpulan Jakel ini.

“Datuk Fairuz (panggilan kami walaupun nama dia Faroz) ni mmg humble…dh jd peniaga besar dan bergelar mcm ni pun, jika jumpa, dia masih layan kita sama spt dulu…sy kenal beliau sejak th 80an lg ketika itu sy bertugas di Segamat..masa tu dia masih bersekolah tp sudah bijak berniaga bersama adik beradiknya membantu org tua mereka…sampai skg jika saya pergi ke pusat perniagaan mereka sama ada di KL atau i city atau di Segamat,,jika beliau ada atau adik beradik beliau yg biasa kami kenali,,kami akan dpt potongan harga istimewa…dh murah pun bg diskaun lg! Kita pulak yg rasa malu…beliau adik beradik mmg terkenal low profile..semoga perniagaan mereka diberkati Allah serta terus berkembang maju.. Aamiin”, kata pemilik akaun fb Wan.

“beliau adalah tokey Jakel, setiap kali kalau buat open house besar-besaran dan jemput orang ramai. beliau jamu semua yang datang dengan berbagai jenis makanan dan beliau akan bagi duit raya dekat kanak-kanak RM50 seorang”, kata Syasha Edora pula.

“Kebaikan dan bgus nya sikap ahli keluarga jakel bukan pd ini shj, malah die turut mengamalkan bacaan yassin 1x stiap mggu dan pd hari ahd pula pihak jakel mengadakan tazkirah yg dismpaikan oleh ustaz yg dijemput…alhamdulillah dan cara serta sikap ini patut kita contohi..semoga allah membalas jasamu wahai hamba allah….alhamdulillah… (jakel JB)”, tulis Syarifah Farhaniza.

“Saya berpengalaman berurusniaga memborong kain di Jakel..Dah hampir 8 tahun..Alhamdulillah kain2 jualan saya sangat laris..saya ada borong kain dr pemborong lain..tp tak selaju kain2 Jakel..walaupun kain tersebut harganya beratus2..tp pelanggan tetap berminat..kain2 yang x abis boleh ditukar.. dan saya dapat kain baru setiap kali ke kedai..modal saya sentiasa berkembang..Alhamdulillah..mungkin berkat zakat yang dikeluarkan..pertanyaan saya terjawab..rupanya banyak kebaikan yang dibuat oleh pemilik Jakel ini…seorang yang kaya dan berjaya tetapi mempunyai kebaikan tersendiri”, tambah wan sharizah.

“Maafkn lah jakel…semua org ada wat silap…bangsa lain senyum je tgok bangsa kita pecah belah”, kata Ahmad Kamil.

Berikut pula perkongsian jujur dari Ustaz Uthman Daud mengenai Jakel dan pemiliknya

Boik0t Jakel?

“Tular hari ni tentang kes keluarga Dato Feroz menghina bangsa Melayu. Dan ramai melakukan kempen boik0t Jakel kerana kesilapan ahli keluarganya itu.

Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama.

Produk kain berkualiti

Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.

Penyumbang terbesar Majlis Ulama

Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini.

Sedekah setiap kali Jumaat

Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.

Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajibnya perniagaan beliau yang hendak diboik0t. Dan adakah kerana satu kesal4han itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?

Mari kita semua memaafkan

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut. Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancvrkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn.. -uthmandaud

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Siakap Keli, KITA STEADY via trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Tak Tahu. Aktiviti Dato Feroz Setiap Kali Lepas Solat Jumaat Di Masjid India KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*