Pastinya ramai masih ingat akan pelakon jelita ini dimana drama lakonannya sangat popular sekitar tahun 2000 yang berjudul Rosalinda. Sekitar tahun berkenaan buat peminat Slot Telenovela yang disiarkan di siaran TV3 tentunya drama ini menjadi pilihan anda.
Rasanya gara-gara drama ini juga ada yang sanggup skip sekolah waktu petang hanya untuk menyaksikan kisah percintaan tragis antara Rosalinda dengan pelakon lelaki, Fernando Jose.
Seperti umum diketahui, nama sebenar pelakon yang sering disapa Rosalinda ini ialah Thalia atau Ariadna Thalia Sodi Miranda. Namanya yang meningkat naik dan menjadi kegilaan ramai bukan saja kerana lakonannya dalam drama berkenaan namun wajah jelita Rosalinda turut memberikan kesan kepada peminat.
Wajah ‘Rosalinda’ selepas 20 tahun curi tumpuan ramai
Terbaru, pelakon ini akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 49 pada Ogos nanti. Dapat diperhatikan meskipun usianya yang hampir mencecah angka 50 tahun namun susuk tubuh dan wajahnya tidak berubah selain kecantikannya itu semakin mencvri tumpuan warganet.
Pelakon ini juga memiliki sepasang cahaya mata yang diberi nama Sabrina Sakae Mottola Sodi dan Matthew Alejandro Mottola Sodi yang kedua-keduanya berusia 12 tahun dan 9 tahun.
Pun begitu, menerusi sumber dia dilihat seorang yang aktif dalam bersukan lasak dan berenang serta melalui Instagram miliknya yang kini mencecah 16 juta followers, dia turut kerap melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Wajah ‘Rosalinda’ selepas 20 tahun cvri tumpuan warganet, usia hampir 50 tahun"