Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen ‘Ajar’ Sharifah Amani Tentang Undang-Undang

Sebut sahaja nama Sharifah Amani, pasti semua orang sudah mengenali dengan pelakon kecil molek yang sangat berbakat ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, Sharifah Amani juga merupakan salah seorang artis yang sangat lantang bersuara dalam memberi pandangan di media sosial terutamanya di Twitter.

Terbaru, Sharifah Amani menerusi akaun Twitternya ada meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan seorang selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh yang dipercayai telah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Menerusi tweet yang dikongsikan Sharifah Amani atau lebih mesra dengan panggilan Nani mempersoalkan mengapa pihak polis membawa Patrick Teoh keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemi1k ini.

Tambahnya lagi, dengan usia Patrick yang kini mencecah 73 tahun yang juga boleh diklasifikasikan sebagai warga emas, dia tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

Patrick berumur 73 tahun. Kenapa anda memperlakukan lelaki tua ini seperti penjen4yah? Bawa dia dari rumahnya yang selamat semasa pandemik?

Perkongsian Nani itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pendapat pelakon berbakat ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut ‘sekolahkan’ Nani dengan memberitahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam bidang tugas polis dan kes ini juga berada di bawah proses perundangan.

 

Sumber: Sharifah Amani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber; OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen ‘Ajar’ Sharifah Amani Tentang Undang-Undang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*