Sabri Yunus Sind1r Org Solat Berkumpul Dlm Masjid, Sekali Imuda masuk komen

Nampaknya, isu wartawan bersesakan di dalam masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini, turut mendapat perhatian pelakon hebat Sabri Yunus.

Hantarannya di Facebook jelas menggambarkan kekecew4rannya berhubung ins1iden berkenaan.

“Ibadah solat Jumaat bersyarat itu tujuannya untuk tidak berlaku jemaah berkumpul dalam masjid. Namun, berlaku juga berkumpul dalam masjid tanpa jarak sosial pada yang tidak bersolat.

“Akal saya kata, baiklah benarkan jumlah orang solat seramai jumlah yang tak solat, tapi dibenarkan masuk dalam masjid masa orang solat. Peluang untuk orang solat lagi ramai. Dah lama tak solat ni,” tulisnya.

“foto ini vir4l dari semalam.. macam macam di tulis orang..

ada yg kata pelik.. ada yang kata tak pelik pun..masing masing dengan hujah dan pandangan.. cuma saya nak cakap begini.. ibadah solat jumaat bersyarat itu tujuannya untuk tidak berlaku jemaah berkumpul dalam masjid.. lalu di hadkan jumlah dan di beri syarat berjarak.. namun berlaku juga berkumpul dalam masjid tanpa jarak soasial pada yang tidak bersolat.. mereka di benarkan berada dalam masjid dalam keadaan begitu…akal saya kata baiklah benarkan jumlah org solat seramai jumlah yg tak solat tapi dibenarkan masuk dalam masjid masa orang solat.. peluang utk orang solat lagi ramai.. dah lama tak solat ni.. ahhhh .. saya tak kata pelik… orang solat tak boleh berkumpul, orang berkerja boleh berkumpul? pada tempat dan masa yang sama…ahh masih tak pelik pada saya… kalau kerja dah boleh berkumpul, Alhamdulillah… dah lama tak berkerja ni…atau begitu kah? masih tak pelik ni.. apa pun gambar ini sangat bersejarah dan menarik.. itu sebab saya simpan dan juga naik hantaran.. ada seribu makna.. ya maknanya kepada kita.. dan apalah maknanya kalau kerananya kita jadi lebih tidak bermakna..

*** ambo pernah buat persembahan teater monolog dalam masjid.. Menunggu Kata Dari Tuhan.. karya dan arahan Dinsman( Shamsudin Osman)”

Imuda masuk Komen: 

“Sebagai jurugambar mereka mahu mencari angle yg baik biar apa cara pun, itu matlamatnya utk muka depan sokabar” tulis Imuda

Kredit foto: FB Sabri Yunus

Sementara itu, dalam hantarannya pagi tadi Sabri yang juga lebih dikenali dengan julukan Pok Ya Cong Codei turut mempersoalkan perlakuan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Bharu, Kelantan.

“Seperti ada pesta! Tiada beza dengan persediaan hari raya, cuma semua orang pakai pelitup (topeng muka) saja,” ujarnya.

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid

2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut

3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan

4.Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid

5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid

6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang.

7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah”

”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”

”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa”

”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran”

Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber :trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sabri Yunus Sind1r Org Solat Berkumpul Dlm Masjid, Sekali Imuda masuk komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*