Tun M kini duduk di blok pembangkang. Ini jumlah terkini MP yg duduk di barisan kerajaan

PERUBAHAN tempat duduk di Parlimen ketika Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini mencuri tumpuan kerana ia adalah sidang kali pertama diadakan selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Mac lalu.

Seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan manakala 107 ahli parlimen termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan turut memberikan reaksi mereka menerusi Facebook termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Katanya, mengikut cadangan yang dikemukakan, mereka diminta untuk bertukar tempat sesuai dengan perubahan.

“Hari ni depa (mereka) suruh kalih kerusi, saya yang menurut perintah,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman pula dilihat bergambar beramai-ramai dengan berjarak bersama wakil rakyat daripada Pas di blok kerajaan.

Ternyata, isu pertukaran tempat duduk menimbulkan tanda tanya rakyat negara ini susulan perubahan kerajaan yang berlaku.

Manakala lima Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berada di blok pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, tempat baru kali ini menempatkan dia bersama jiran lamanya iaitu Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

SHAMSUL Anuar bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dan Halimah di Dewan Rakyat. FOTO ihsan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

“Dulu saya pernah berjiran dengan dia (Halimah) selama sepenggal pada 2013, kali ini kami kembali jadi jiran di dalam dewan,” katanya kepada Harian Metro.

114 MP duduk di barisan kerajaan, Mahathir di blok pembangkang

Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan.

Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian juga duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas.

Sidang Dewan Rakyat hanya diadakan untuk satu hari akan menyaksikan majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga parlimen ke-14 itu hanya berlangsung seketika.

Daripada sehari, ia dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah sahaja.

Sidang hari ini menarik perhatian ramai kerana ini merupakan yang pertama sejak Langkah Sheraton berlangsung dan menyaksikan kemunculan Perikatan Nasional – sebuah gabungan tidak berdaftar – menggantikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Sidang pertama ini sepatutnya diadakan antara 9 Mac hingga 16 April lalu tetapi ditangguhkan kerana negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Sementara itu, Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi dilihat berada dalam blok pembangkang.

Difahamkam sebanyak lima ahli parlimen Bersatu termasuk Mahathir memilih untuk berada di blok pembangkang walaupun Bersatu menjadi tulang belakang kerajaan Perikatan Nasional.

Di blok pembangkang, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau duduk di barisan depan, diikuti ahli parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah Wan Ismail dari parlimen Pandan, Lim Kit Siang, wakil rakyat Iskandar Puteri, Muhamad Yusof Rawa dari Parit Buntar dan Mahathir.

Anwar, tidak hadir pada sidang media PH dengan Dr M, Warisan

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusnya, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan.

Malah, tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hadir bagi pihak PH sementara Warisan siwakili oleh presidennya, Shafie Apdal.

Mahathir mengetuai sidang media itu. Kerusi di sebelahnya, yang dipercayai diperuntukkan untuk wakil PKR, diisi oleh Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Sidang media itu bertujuan mengulas mengenai sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

Beberapa ahli parlimen, dengan pakaian rasmi, juga hadir di auditorium tempat sidang media itu diadakan.

Tetapi yang jelas, tidak ada seorang pun ahli parlimen PKR yang hadir.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tun M kini duduk di blok pembangkang. Ini jumlah terkini MP yg duduk di barisan kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*