‘Mau Tengok You Sayang’ – Dignggu Lelaki Warga Asing Mengaku Ambil Nombor Di Buku Pendaftaran

Orang ramai yang keluar membeli barang keperluan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diminta memeriksa suhu badan dan mendaftar maklumat peribadi. Nama dan nombor telefon diperlukan sebagai rujukan premis perniagaan.

Walau bagaimanapun, ada individu tidak bertanggungjawab mencvri maklumat peribadi ini untuk kepentingan sendiri. Lebih menakvtkan, individu tersebut bertindak keterlalvan sehingga berani video call!

Diganggu warga asing

Assalamualaikum salam ramadhan

Aku update ni kerana untuk mengingatkan wanita-wanita di luar sana. Aku dig4nggu oleh warga asing!

Ahad 17/5/2020 lebih kurang jam 5 ptg aku dengan suami pergi *** untuk membeli barang dapur, sebelum masuk *** kena cek suhu badan dan isi nama n no hp (arahan PM pasal isu covi1d) dan aku masuk berjalan asing dengan suami tapi jarak tak jauh la. Lebih kurang jam 5.40pm aku ada terima panggilan dari aplikasi whatssap dan aku bercakap hanya 48saat (aku ada nyatakan gambar) aku tanya dia siapa sebab no tak kenal, dia cakap nak kenal dengan aku dan dia bagitau amik no dalam fb dan terus aku matikan hp dan bagitau suami. Suara nepal. Suami terus cakap mungkin nepal kat depan tadi kot (staff ***) dan aku malas nak pikir terus silent hp dan simpan dalam handbag dan terus membeli. Dan banyak kali dia call, video call tapi aku tak layan sebab kebetulan busy sangat-sangat.

Isnin 18/5/2020 jam lebih kurang 2.17am, dia ada call dan video call lagi dan menyatakan dia amik no aku dekat ***, so betul la apa yang suami aku kata tu. Dan malam tu suami aku kerja so aku terus whatsapp bagitau suami pasal ni, aku screenshoot bagitau suami. Ikutkan masa sahur tu terus nk pergi buat report tapi kawan cakap report kena jam 8 pagi ke atas. So tunggu sampai pagi dan aku dengan suami buat report. Selepas selesai, aku dengan suami terus pergi *** untuk jumpa manager (tapi aku tunggu dalam kereta sebab t4kut dan suami tak bagi keluar). Pihak *** cakap takda pekerja nama Ahmad seperti yang dia bagitau dalam whatsapp itu yang namanya Ahmad. Dan pihak *** minta resit pembelian sebagai bukti yang kami pergi sana, Allahu nasib baik aku simpan lagi resit tu sebab style aku suka buang terus resit (lepas ni kena simpan resit) dan pihak *** berulang kali cakap takda staff nama Ahmad. Okay so suami mintak tengok rakaman cctv untuk pastikan siapa Ahmad. Pihak *** bagi tengok cuma dia minta kerjasama tak boleh record.

Bukan staff

Suami dan beberapa orang (kawan suami dan orang ***) tengok rakaman itu, okay memang bukan staff *** dan aku minta maaf kerana buat report mengatakan staff *** yelaa sebab masa nk tulis nama tu pekerja nepal berpakaian *** 2 3 orang dekat situ. So suami mengatakan ada 2 orang warga asing (tak nampak sangat muka sebab pakai mask) sedang memerhatikan aku dan cuba berjalan tepi aku tapi dia patah balik semula pergi ke meja buku yang isi nama dan no hp dan keluarkan hp dia untuk amik no aku!

Dan masa dia start call pada jam 5.39pm (aku tak jawab sebab tak dengar) masa tu dia berhampiran dgn aku! Dan 5.40pm aku jawab panggilan itu pun dia masih berhampiran dengan aku! Dia ikut kemana aku pergi (dalam ***). Warga asing ni memang jenis tak t4kut org ke? Sebab dia dah nampak aku berdua dengan suami memilih barang tapi masih ikut aku dan dia tidak membeli apa-apa barang (tengok melalui rakaman cctv) cuma hanya ikut dan perhatikan aku. Sampai aku keluar *** tu pun dia masih ikut! Allahu nasib baik suami aku ikut pergi jugak kalau suami aku tak ikut tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta takda parking dan kami dapat parking dkt hujung-hujung. Kalau aku sorang masa tu aku tak dapat bayang apa akan jadi!!

Berhati-hati

Kepada semua wanita, tolong berhati-hati. Ajak la suami atau sesiapa untuk teman kita jangan keluar sorang-sorang..tolong!

Walaupun tekaan kami salah( kami fikir staff ***) tapi si nepal itu tetap salah! Kau dah curi no orang (isteri org) dan kau k4cau-siap siap video call bagai untuk apa? Panggil sayang-sayang pulak tu kau balik la negara asal kau!!

Oh ya, surat report tu aku terpaksa tutup sebab dalam report tu aku menyatakan yang staff *** amik no aku tapi bukan. Jaga diri semua ya terutama wanita-wanita.

Oh ya, ada whatsapp yang dia delete tu sebab dia dah takut kot sebab suami dan beberapa kawan suami call dia. Tapi alhamdulillah sempat aku screenshoot sebelum dia delete.

Sumber : Nurhas Nhz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Mau Tengok You Sayang’ – Dignggu Lelaki Warga Asing Mengaku Ambil Nombor Di Buku Pendaftaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*