“Siang Malam Makan 2 Keping Roti Canai, Air Kosong”, Altimet Buat Pendedahan Yg Memilvkan

Penyanyi Altimet mengakui setiap individu perlu punyai simpanan kecemasan bagi menyelamatkan diri sendiri apabila berlaku perkara tidak diingini seperti pandemi1k Covi1d-19.

Belajar daripada pandemik SARS yang pernah menganc4m dunia suatu ketika dahulu, Altimet akui keadaan ketika itu sukar baginya.

“Banyak acara yang dibatalkan ketika berlaku SARS, kebetulan saya serumah dengan DJ Fuzz dan kami ada menyimpan duit untuk ke Jakarta sekitar RM2,000.

“Saya betul-betul tiada duit lain masa itu. Nak berbelanja hari-hari untuk duit poket pun susah tapi terpaksa tahan demi nak cari peluang di sana (Jakarta).

“Sampaikan ketika itu kami makan tengah hari pun dua keping roti canai dan air kosong. Malam pun sama… Kalau ada duit lebih sikit baru minum teh o panas.

“Kenyang ke tak? Memang tak la bhai,” kongsinya menerusi sesi siaran langsung Instagram.

Berkat berjimat cermat, Altimet dan DJ Fuzz mendapat peluang untuk meneruskan kerjaya di Indonesia dan bertahan selama tempoh enam bulan seterusnya di sana.

“Itu mengajar kita disebabkan SARS, saya kena ada tabung kecemasan dan ia juga menolong saya dalam situasi sekarang.

“Tak kisahlah anda freelancer, yang penting ada tabung itu.

“Walaupun nak menyelam sambil minum air pun, pastikan jangan usik emergency fund. Simpanlah dalam ASB misalnya,” kongsi Altimet.

Hal itu turut disokong oleh DJ Fuzz yang menggalakkan orang ramai menyimpan wang demi masa hadapan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Siang Malam Makan 2 Keping Roti Canai, Air Kosong”, Altimet Buat Pendedahan Yg Memilvkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*