Tak Pernah Dibuat Orang! Bella Dally Mengaku Jumpa Malam Lailatul Qadar

Setiap Muslim mesti menunggu 10 malam terakhir Ramadhan untuk membuat amal ibadah demi mendapat ganjaran yang berlipat ganda dan juga meminta ampun daripada Allah. Setiap yang beriman pasti mengambil kesempatan yang diberikan ini.

BERTUAHNYA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATUL QADAR

Malam Lailatul Qadar ini hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang mengetahui. Para ulama berpendapat bahawa malam yang teristimewa ini hadir pada malam ganjil dalam 10 malam terkahir.

Sumber Instagram

Namun begitu, pelakon jelita Bella Dally dikatakan antara yang sangat bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri keindahan malam Lailatul Qadar sewaktu dia masih kecil. Bukan semua beruntung bertemu malam Lailatul Qadar tanpa sebarang persiapan.

Tambah Bella, peristiwa yang istimewa ini berlaku ketika dia masih lagi berada dalam linkungan umur sekolah rendah. Pengalaman ini merupakan suatu yang tidak dapat dilupakan dan sangat indah jika dikenang kembali.

“Peristiwa Ramadhan ini paling tidak akan saya lupakan dan berlaku ketika saya dibangku sekolah lagi. Waktu itu adalah saya masih kecil dan masih bersekolah rendah.”
“Pada waktu Subuh, selepas bersahur saya masih ingat suasana yang sangat sunyi dan sangat tenang. Saya nampak banyak bintang bertaburan di langit.”
“Perasaan ketika itu tidak dapat nak gambarkan dengan kata kata kerana sangat indah dan saya sangkakan mungkin malam Lailatul Qadar.”
Sumber Instagram
BERHARAP DAPAT BERTEMU KEMBALI MALAM ISTIMEWA

Perkongsian yang dibuat Bella Dally menerusi Majalah Nona ini mendapat perhatian warganet. Dalam masa yang sama, Bella berdoa dan sangat berharap agar dia dapat bertemu kembali dengan malam teristimewa, malam Lailatul Qadar ini.

Sementara itu, sebagai seorang Muslim kita mestilah berusaha mengejar malam Lailatul Qadar dengan melakukan amal ibadat dan tidak lupa juga dengan bersedekah nescaya akan mendapat habuan pahala yang berlipat ganda demi bekalan di akhirat nanti.

Penulis mengucapkan agar amal ibadat kita semua akan diterima oleh Allah dan semoga berterusan sepanjang tahun sehingga bertemu kembali Ramadhan tahun hadapan.

Sumber : Nona

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MECCKS

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Pernah Dibuat Orang! Bella Dally Mengaku Jumpa Malam Lailatul Qadar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*