Ramai Persoal Bila Ras Adiba Dilantik Jadi Senator, Sekali Najib Komen

” Perlu ke Ras Adiba nie jadi senator untuk 0KU? Cukuplah jabatan yang dah ada , sepatutnya duit gaji dibayar kepada senator tu digunakan untuk rakyat”, komen Anep

” Tak jelas perlantikan, orang lain dan muda seharusnya diberi ruangan. Lagipun apa peranan dan sumbangan Ras Adiba ni?” komen Sam

Demikian antara komen negatif diterima atas perlantikan personaliti televisyen dan penyampai berita NTV7, Ras Adiba Radzi, dilantik menjadi senator

Terdahulu Ras Adiba, dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kurang upaya (0KU).

Pembantunya, Ahmad Daniel, ketika dihubungi mengesahkan pelantikan berkenaan hari ini.

” Ya, Ras Adiba Radzi dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Majlis angkat sumpah untuk jawatan itu akan diadakan Isnin depan,” katanya kepada Malaysiakini.

Ras Adiba tidak dapat mengulas lanjut perkara itu ketika ini. Bagaimanapun, melalui semakan di Instagram miliknya, bekas pengacara itu dilihat meluahkan perasaan syukur.

” Alhamdulillah segala puji bagi Allah,” katanya.

Ras Adiba yang juga presiden 0KU Sentral itu turut menerima sekalung tahniah daripada pengikut dan mereka yang mengenalinya.

Beliau yang berasal dari Petaling Jaya pula merupakan individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan 0KU.

Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun, beliau menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara.

Bekas pembaca berita dan atlet paralimpik negara itu berkata antara perkara yang akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan 0KU di negara ini.

” Saya tidak sabar-sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta 0KU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada 0KU,” katanya.

Sebagai bekas warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Pada majlis yang sama itu, Yang Dipertua Dewan Negara turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Dewan Negara baharu, Muhammad Sujairi Abdullah, 43, berkuat kuasa 22 Februari, lalu.

Reaksi Najib Razak atas perlantikan Ras Adiba

Menerusi satu hantaran di Facebook, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi respon atas perlantikan Ras Adiba sebagai senator

” Tahniah diucapkan kepada YB Ras Adiba Radzi atas pelantikan sebagai Senator.

” Beliau juga bekas warga media yang sangat berpengalaman dan dihormati.

” Saya masih ingat perkhidmatan Senator dahulu yang mewakili suara OKU, YB Bathmavathi Krishnan.

” YB Bathmavathi adalah Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia. Terima kasih atas sumbangan YB semasa menjadi Senator sebelum ini.

” Walaupun dari segi akses, perjalanan, perkhidmatan dan sebagainya telah bertambah baik, saya percaya masih banyak boleh kita buat. Perlindungan dan hak misalnya.

” Dari segi kebajikan dan bantuan untuk 0KU, saya naikkan kepada RM400 setiap bulan pada 2018.

” Mungkin kerajaan baru boleh memberi pertimbangan khas untuk menambahkan lagi jumlah dan jenis bantuan kepada mereka.

” Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk golongan OKU.” akhiri Najib

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: ASIAKINI

Apa komen anda?