Netizen Kec4m Kisah ‘Hilang’ 30 Minit, Ini Reaksi Padu Dari Risteena Munim

Pelakon Risteena menyel4r warganet yang tidak berpuas hati dengan setiap perkongsian di media sosial miliknya.

Ketika dihubungi Gempak, Risteena menegaskan dia berhak untuk berkongsi apa saja selagi tidak memburvkkan orang lain.

“Saya kongsi dekat media sosial saya tak kac4u orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya. 

“Yang saya tak faham orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burvkkan orang lain, kac4u laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikec4m.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. . Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu😋 . Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak 🤦‍♀️ Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. 🤦‍♀️ Kesian diorang! . Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi 🤦‍♀️ Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya😛 Myhero! . So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni 😄 . To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde 🥺 My parents dah boleh harapkan awak 🌹 . I love you, sayang. Cinta hati saya 🙂

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

“Tapi saya buat hal sendiri pun orang kec4m, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri. 

“Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri. 

Kenapa saya ada benda tertentu sahaja boleh dikongsikan. Itu sekadar perkongsian untuk saya ingati momen tu dalam hidup saya, tidak ada langsung kena mengena dengan sesiapa pun,” katanya.

Pemilik nama Nur Risteena Munim tidak menyangka terdapat segelintir netizen sanggup mendoakan yang tidak baik walaupun tidak mengenali dia secara peribadi.

“Manusia tidak sempurna tapi saya tak sangka ada manusia yang sehingga tahap mendoakan dan bercakap perkara yang tidak baik. 

“Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kac4u dan tak pernah burvkkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Berbuka🌸

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Dalam pada itu, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, Playboy Itu Suami Aku menyatakan tunangnya, Isa Khan seorang yang mengambil berat bukan untuk dirinya saja malah seluruh ahli keluarga.

“Isa memang seorang yang ambik berat pasal saya. Malah seluruh keluarga dia dan keluarga saya. Begitu juga dengan saya. Sama jugak. 

“Saya balik lewat malam haritu, dan dia risau sekiranya ada apa-apa terjadi memandangkan kereta tak banyak atas jalan. Dia risau saya mengantuk ke apa.

“Bagi saya risau macam tu normal. Siapa pun akan timbul perasaan macam tu kalau melibatkan orang yang kita sayang atau keluarga kita. Kalau orang tak risau tu yang tak normal,” kata Risteena.

Terdahulu, Risteena berkongsi keadaan Isa yang panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.

Risteena, 31, dan Isa, 27, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.

Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Kec4m Kisah ‘Hilang’ 30 Minit, Ini Reaksi Padu Dari Risteena Munim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*